Kolej 10 sentiasa komited untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan efisien dari semasa ke semasa demi memenuhi ekspektasi dan kepuasan pelanggan kami. Kami sangat mengalu-alukan maklum balas daripada semua warga Kolej 10 berhubung perkhidmatan kami.
Mohon jasa baik anda untuk mengisi pautan yang berikut:
Mula bertapak pada tanggal 1 April 1999, Kolej Sepuluh mula mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah kolej yang baru membangun di Universiti Putra Malaysia. Di bawah peneraju utama iaitu Dr. Marry Huang sebagai pengetua pertama, pelbagai inisiatif telah diambil bagi memastikan Kolej Sepuluh terus maju ke hadapan dari segi akademik mahupun ko-kurikulum setanding dengan kolej-kolej lain yang sedia ada.
Kolej Sepuluh juga memulakan perkhidmatannya dengan menempatkan mahasiswa dan mahasiswi tetapi keadaannya bertukar pada tahun 2002 dengan hanya membenarkan mahasiswa menetap di kolej ini. Kolej ini juga menempatkan mahasiswa yang majoritinya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk & Senibina.
Pada tahun 2019, Kolej 10 telah bergabung dengan Kolej 11, iaitu kolej yang menempatkan mahasiswi dari Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk & Senibina dan mengekalkan nama Kolej 10 sebagai nama gabungan baharu.
Hari ini, setelah lebih 20 tahun beroperasi, Kolej 10 telah berjaya membuktikan bahawa kolej yang didiami oleh pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk & Senibina mampu bersaing dengan kolej-kolej lain dalam apa jua bidang sekalipun. Ini terbukti apabila Kolej 10 telah muncul sebagai juara keseluruhan 3 tahun berturut-turut dalam sukan antara kolej. Selain itu itu kejayaan Kolej 10 memperoleh anugerah Sanggar Genta selama 2 tahun berturut-turut juga dapat membuktikan bahawa mahasiswa juga juga mampu bergiat aktif dalam kebudayaan. Selain bergiat aktif di dalam ko-kurikulum, pelajaran juga dititikberatkan dalam diri setiap mahasiswa. Ini terbukti apabila pelajar jurusan Kejuruteraan dan Seni Bina mampu memperolehi PNG 4.0. Kejayaan demi kejayaan yang telah digapai oleh Kolej 10 telah memberikan kepercayaan kepada pihak pengurusan Universiti Putra Malaysia untuk menjadikan Kolej 10 sebagai kolej perintis untuk program wireless.
Harapan untuk hari esok supaya Kolej 10 mampu mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia umumnya dan nama kolej ini khususnya ke seantero dunia. Disamping itu juga, Kolej 10 berusaha untuk melahirkan modal insan yang unggul di kalangan mahasiswanya supaya mampu menjadi pelapis generasi bangsa yang akan datang.