PRINCIPAL'S GREETING | TENTH COLLEGE
» ABOUT US » PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KOLEJ » PRINCIPAL'S GREETING

PRINCIPAL'S GREETING

Bismillahirrahmanirrahim

 

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Selamat datang ke laman sesawang Kolej Sepuluh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana laman sesawang Kolej Sepuluh berjaya ditambah baik serta dikemaskini dengan pelbagai berita terbaru. Dengan wujudnya medium ini, diharapkan segala maklumat dan berita terkini dapat disampaikan dengan lebih efektif dan efisien.

Terdapat 17 buah kolej disediakan oleh UPM untuk pelajar prasiswazah dan pasca siswazah. Kolej Sepuluh merupakan satu-satunya kolej yang menempatkan penginapan kepada pelajar lelaki sahaja. Pelajar di Kolej Sepuluh majoritinya terdiri daripada pelajar dalam bidang kejuruteraan, rekabentuk dan senibina. Pelbagai kemudahan yang disediakan di Kolej Sepuluh, seperti surau, gelanggang, dewan serbaguna, gymnasium, bilik muzik, bilik kebudayaan, kemudahan riadah dan diharapkan segala kemudahan dan fasiliti digunakan secara berhemah di kalangan warga Kolej Sepuluh. Prasarana yang selesa dan kondusif amat dititik beratkan bagi memastikan keselesaan pelajar Kolej Sepuluh terjamin.

Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru agar semua warga Kolej Sepuluh dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak kolej. Rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin sepanjang pengajian anda di bumi bertuah ini kerana pengalaman, kemahiran insaniah dan pembelajaran secara tidak formal ini tidak mungkin anda perolehi dalam bilik kuliah dan sudah tentu tidak ternilai harganya terutama ketika melangkah ke alam kerjaya kelak. Warga kolej harus bersatu hati bagi memastikan visi UPM menjadi sebuah Universiti bereputasi antarabangsa tercapai.

Akhir kata, jadilah insan yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Didoakan agar anda berjaya mencapai impian anda di bumi UPM ini.

Terima kasih.

"GEMILANG ANTARA TERBILANG"

 

PROF MADYA DR MOHAMAD AZANI ALIAS

Pengetua

Kolej Sepuluh

Updated:: 14/07/2017 [ridzuanm]

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467398
0389467399
C1511441022