3 Cara Mudah Untuk Bersikap Optimistis | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » 3 Cara Mudah untuk Bersikap Optimistis

3 Cara Mudah untuk Bersikap Optimistis

3 Cara Mudah untuk Bersikap Optimistis

Pada masa kini, topik pesimis semakin dibentang dan dipandang penting oleh segenap strata sosial untuk menjamin kesihatan mental masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pernah mengalami pesimis apabila kita menghadapi masalah yang berat dalam kehidupan. Statistik juga menunjukkan insan yang bersikap optimistis mempunyai risiko yang rendah untuk meninggal dari beberapa penyebab kematian. Oleh itu, langkah untuk mengawal emosi dan bersikap optimistis adalah mustahak supaya kita bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang akan dating pada masa depan. Maka, saya ingin berkongsi cara-cara mudah memupuk semangat optimistis melalui artikel ini supaya anda akan berharapan dan bersedia untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.

  1. Fokus terhadap perkara-perkara baik

Carilah hal-hal yang baik dan fikirkan peristiwa-peristiwa yang dapat mengembirakan anda. Hal ini demikian kerana pemikiran positif membolehkan otak kita menghasilkan suatu hormon yang dipanggil sebagai dopamin. Hormon ini membantu kita berasa puas hati dan tenang apabila berlaku sesuatu perkara yang rumit dan berat. Jalankan aktiviti seperti menolong orang tua, menderma, mengutip sampah sarap di sekitar, memberi senyuman atau pujian kepada orang-orang lain juga merupakan tindakan yang dapat mewujudkan perasaan gembira dan membawa tenang kepada sanubari kita.

  1. Bersenam

Binakan satu jadual bersenam untuk memisahkan perhatian anda daripada perkara atau isu yang negatif. Senamrobik, berjalan-jalan, berenang, berjogging dan sebagainya boleh dijalankan. Pada masa yang sama, bersenam menyihatkan tubuh badan kita dengan menghilangkan perasaan negatif dan menyingkirkan toksin dalam badan. Kekurangan pergerakan mengakibatkan sikap malas ditanam dalam minda dan akhirnya, kita tidak akan bermotivasi untuk menghadapi masalah dan ingin memutus asa. Jadual yang penuh juga membenarkan kita tidak mempunyai masa untuk risau akan sesuatu dan memanggil balik hal-hal yang kurang baik. Melalui aktiviti bersenam, kita dapat hidup dengan lebih sihat dari segi fizikal dan minda. Bak kata, badan cergas, otak cerdas.

 

 

  1. Teruskan mencuba

Jangan muda melepaskan sesuatu dengan cepat tetapi, cuba sekali dan sekali sampai mendapat kejayaan. Apabila mendepani dengan kesusahan, anda haruslah memerah otak untuk mencari solusi dan meminta bantuan daripada orang lain. Sebaliknya, jika anda berputus asa dan melarikan diri, keinginan untuk mendapat kejayaan semakin luntur dan anda akan memandang enteng terhadap diri sendiri atas kegagalan dan kelemahan. Bayangkan pencapaian selepas percubaan dan berkalah berkali-kali, anda akan berasa segala kekalahan dan kesilapan dahulu adalah pengalaman dan penghayatan kepada anda. Maka, teruskan mencuba dapat menyempurnakan anda dengan lebih yakin dan optimistis dalam benak minda.

 

Konklusinya, bersikap optimistis membawa pelbagai kemaslahatan terhadap aspek pembangunan diri daripada pelbagai segi. Perasaan optimistis adalah mustahak untuk menjaga harapan hidup kepada seseorang. Tanpa semangat ini, tiada cahaya menunjukkan tunjuk arah apabila kita sesat dalam perjalanan untuk menuntut kejayaan. Sebagai tonggak utama kepada Malaysia, kita mestilah menjadi seorang yang optimistis dan membawa aura yang sejahtera kepada komuniti.

 

Tarikh Input: 17/12/2020 | Kemaskini: 17/12/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdSAx~