4 CARA-CARA BELAJAR DENGAN LEBIH EFEKTIF ATAS TALIAN 'ONLINE' | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » 4 CARA-CARA BELAJAR DENGAN LEBIH EFEKTIF ATAS TALIAN 'ONLINE'

4 CARA-CARA BELAJAR DENGAN LEBIH EFEKTIF ATAS TALIAN 'ONLINE'

4 Cara-Cara Belajar dengan lebih Efektif atas Talian 'Online'

Sepanjang anda mengikuti kelas atas talian 'online', agak-agaknya berapa peratus otak anda berfungsi untuk menyiapkan segala tugasan dan memahami segala ilmu yang anda belajar? Adakah pelajaran itu memasuki ke dalam otak anda? Atau adakah anda mampu menyiapkan segala tugasan dan mengulangkaji pelajaran untuk quiz dan ujian? Saya pasti, ramai pelajar berhadapan dengan masalah tersebut.

Sekiranya anda merasakan bahawa masalah-masalah sedemikian wujud dalam kehidupan anda sekarang, ia mungkin berpunca daripada cara anda menguruskan sesuatu dengan cara yang kurang berkesan. Dalam artikel ini, saya akan berkongsikan beberapa cara yang boleh membantu anda untuk lebih berjaya dalam menghadapi situasi belajar atas talian.

  1. Pengurusan Masa

Saya pasti anda juga tahu bahawa masa itu adalah sangat penting dan seperti kata pepatah, masa itu adalah emas. Apa yang anda harus lakukan ialah, anda pelu membuat jadual waktu harian dengan membahagikan waktu belajar, menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain. Hal ini dapat mewujudkan kehidupan yang lebih teratur dan efisien supaya kehidupan dan emosi anda lebih stabil. Mungkin sebahagian daripada pelajar berpendapat, jadual waktu harian tidak memberi apa-apa kesan yang baik bahkan sama sahaja hasilnya. Hal ini kerana kebanyakan pelajar tidak patuh dan berdisiplin dalam mengikuti jadual waktu harian yang telah ditetapkan oleh diri mereka. Sewaktu membuat jadual waktu harian, anda harus bijak dalam membahagikan masa yang sepatutnya dalam setiap perkara. Anda juga perlu memastikan diri anda boleh melaksanakan dan mematuhi jadual tersebut. Dalam konteks ini, disiplin diri lebih utama. Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Untuk menjadi seorang yang berjaya, anda perlu berkorban masa dan tenaga selain ia dapat membantu anda untuk mencapai sesuatu impian.

 

 

  1. Persedian Tempat Belajar

Dalam menghasilkan cara belajar yang lebih efisien di atas talian, anda harus menyediakn tempat belajar yang lebih kondusif. Anda perlu memilih tempat yang selesa, selamat dan tidak mudah diganggu. Belajar secara atas talian memerlukan internet berkelajuan tinggi. Oleh itu, pelajar harus bijak untuk mencari kawasan internet yang mudah diakses supaya anda tidak terlepas apa-apa perkara mengenai tugasan dan pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah di universiti. Pastikan tempat belajar anda tidak terlalu selalu seperti di atas katil atau bilik yang gelap kerana ianya boleh membuatkan anda berasa ngantuk dan tertidur sewaktu kelas berlangsung. Anda jugak perlu memastikan segala alatan untuk belajar adalah mencukupi seperti alatan tulis, pengecas bateri laptop dan sebagainya.

             

 

  1. Rehat secukupnya

Untuk mengekalkan konsentrasi anda berterusan, anda perlu memastikan bahawa diri anda mempunya rehat yang secukupnya. Pastikan anda tidur secukupnya dalam 6-7 jam sehari kerana ia boleh memberikan impak yang besar kepada prestasi pembelajaran anda. Hal ini juga dapat meningkatkan daya ingatan dan pemikiran yang lebih berkesan dalam menimba ilmu. Selain itu, sekiranya anda mengulang kaji pelajaran, pastikan anda rehat dalam 5-10 minit dan elakkan penggunaan telefon sewaktu rehat anda. Hal ini kerana penggunaan telefon menyebabkan otak dan mata anda menjadi letih sehingga menyebabkan daya tumpuan dan fokus anda semakin lemah. Lakukan aktiviti yang ringan seperti senaman ringan supaya anda kembali aktif dan kekal momentum ketika belajar di atas talian.

 

  1. Motivasi

Sebagai pelajar, motivasi merupakan elemen yang sangat penting supaya mental dan fizikal anda sentisa bersemangat dan bertenaga. Hal ini penting kerana ianya dapat memastikan diri anda sentiasa komited dalam menyiapkan tugasan dan mengikuti kelas atas talian. Anda perlu memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan supaya markah anda tidak dikurangkan dan ianya dapat menjamin kejayaan anda. Anda pelu ada 'Big Why' supaya anda terus bermotivasi dan tidak lemah semangat.

Saya pasti, keadaan yang tidak menentu dinihari akan meningkatkan tekanan jiwa dan perasaan seperti stress dan pelbagai penyakit mental yang lain. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, elakkan daripada memendam perasaan dan anda perlu berkongsi masalah anda dengan orang yang anda percaya. Anda juga perlu mempunyai rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat kepada anda. Dekatkan diri anda dengan perkara yang positif. Untuk orang yang beragama Islam, pastikan anda menjaga hubungan dengan Allah dan melakukan segala suruhannya serta meninggalkan larangannya. Latih minda dan akal fikiran anda untuk sentiasa positif dan saya yakin anda boleh lakukannya! Ayuh pelajar! Anda boleh!

Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdSAf~