Sebahagian besar tubuh kita terdiri daripada air, dan kita memerlukan jumlah yang sama dengan air yang terbuang semasa kita berpuasa. Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari, mengikut berat badan anda. Anda boleh memenuhi keperluan air tersebut ketika berbuka puasa hingga saat sahur agar membantu tubuh kekal terhidrasi.
Selain itu, lebih baik anda mengelakkan pengambilan kafein semasa berpuasa. Ini adalah kerana kafein bersifat diuretik yang membuat kita lebih sering buang air kecil, sehingga air di dalam tubuh cepat hilang.
Makan seadanya untuk kekal sihat
Selama Ramadhan, waktu yang paling dinanti adalah waktu berbuka. Namun sayangnya banyak orang yang gelojoh ketika menikmati hidangan berbuka.
Anda boleh makan secara beransur-ansur. Semasa berbuka makanlah makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih. Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat.
Elakkan makanan berminyak
Menu gorengan untuk berbuka puasa memang sangat menggoda. Namun ada baiknya anda mengelakkan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah yang banyak sepanjang bulan Ramadhan.
Ini adalah kerana makanan ini akan meningkatkan risiko kenaikan kolesterol dalam tubuh anda.
Mengurangkan makanan dan minuman yang manis
Tips puasa seterusnya berkait dengan hidangan berbuka anda ya! Anda juga dikehendaki mengurangkan minuman dan makanan manis serta produk yang diproses.
Ramai yang keliru dalam menafsirkan maksud ‘berbuka dengan yang manis’. Makanan atau minuman manis memang penting sewaktu berbuka untuk menormalkan gula di dalam darah.
Ini adalah kerana tanpa disedari, minuman dan makanan manis yang kita menggunakan secara rutin selama bulan Ramadan akan menyebabkan kenaikan berat badan. Anda harus ingat, untuk memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk.
Bersenam, tips sihat ramadhan yang sering dilupakan!
Bulan Ramadhan bukan jadi halangan untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh melakukan senaman dengan intensiti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa, semasa tubuh sudah dipenuhi dengan tenaga.
Lakukan senaman selama 30 minit dengan jalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.
Tidur yang cukup, tips puasa penting!
Selain memerhatikan pengambilan makanan, tips sihat ramadhan yang penting juga termasuklah menentukan masa dan jumlah tidur yang mencukupi. Mengantuk semasa puasa bukanlah disebabkan tidak makan dan minum seharian, tetapi kerana anda mendapatkan tidur yang cukup.
Jika perlu bangun pagi untuk menyiapkan makan sahur, maka cubalah untuk meyediakannya pada malam hari.
Anda tidak sepatutnya berjaga bagi keperluan yang tidak terlalu penting. Usahakan untuk tidur lebih awal dari biasanya seperti selepas solat tarawih.
Ini adalah kerana kekurangan masa tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.
Konklusi
Anda tidak perlu menjadi lesu semasa berpuasa sekiranya anda mengikuti tips sihat ramadhan yang disenaraikan di atas. Jika tips puasa ini berkesan buat anda, jangan lupa share ya!
Tarikh Input: 11/04/2023 | Kemaskini: 11/04/2023 | ruzaimi
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR