Cara-cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar

Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar

Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang sering meniti di bibir masyarakat sejak kebelakangan ini. Setiap hari ada laporan media tentang gejala pencemaran alam sekitar. Salah satu langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah pihak berkuasa menghukum individu atau organisasi yang didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pegawai seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar harus menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk menghukum pihak yang berkenaan. Selain itu, sekolah harus memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada pelajar sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang membawa kepada pengekalan alam sekitar yang sejahtera. Langkah seterusnya untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah kerajaan perlu melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen adalah cara paling berkesan untuk menyampaikan maklumat tentang pelbagai perkara. Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang telah dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Dalam hal ini, semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan langkah-langkah yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang tersangkut pahit hingga ke pangkal lengan.

Tarikh Input: 07/03/2023 | Kemaskini: 07/03/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdSAJ~