DEMAM DENGGI YANG BERBAHAYA | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » DEMAM DENGGI YANG BERBAHAYA

DEMAM DENGGI YANG BERBAHAYA

 

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapar empat jenis virus yang menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3, dan DEN 4. Jangkitan daripada salah satu jenis virus ini akan memberi imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

 

Simptom Demam Denggi

Tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

 

 

Langkah pencegahan Demam Denggi

Demam denggi perlu dicegah kerana masih tiada rawatan khas dan amat berbahaya sekiranya penyakit demam denggi biasa ini berlarutan sehingga demam denggi berdarah. Demam denggi berdarah boleh membawa maut dan antara tanda-tandanya adalah mudah lebam, pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan gusi serta pendarahan seluruh badan. Terdapat pelbagai cara untuk mencegah penyakit demam denggi. Antaranya:

  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk.
  • Membuang bekas yang boleh menakung air.
  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup.
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
  1. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
  2. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti:
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
  • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup.

 

 

 

Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdVAM~