Keistimewaan Ramadan | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Keistimewaan Ramadan

Keistimewaan Ramadan

Perkataan puasa dalam bahasa arab iaitu (صوم (bermaksud meninggalkan. Dari segi bahasa, puasa ialah suatu perbuatan yang menahan diri daripada melakukan sesuatu. Manakala dari segi istilah, ia merujuk kepada perlakuan yang dilakukan untuk menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari (hendaklah dimulakan dengan niat terlebih dahulu). Bukan itu sahaja, umat Islam yang berpuasa juga hendaklah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan tidak berfaedah seperti menipu, mengeluarkan kata-kata kesat atau sia-sia, bertengkar dan sering bergaduh. Hal ini demikian kerana, ibadah berpuasa merupakan suatu latihan untuk memupuk tahap kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur dalam diri. Sekiranya perkara-perkara ini dapat dicapai, amalan ibadah berpuasa akan dapat membantu menyuburkan sikap murni dalam diri umat Islam. Berdasarkan terjemahan secara harfiah, perkataan Ramadan (رمضان( bermaksud panas terik. Manakala dalam agama Islam, Ramadan ini dirujuk sebagai bulan ke-9 dalam kalender Islam dan dianggap suci bagi semua umat Islam. Hal ini demikian kerana pada bulan Ramadan, umat Islam akan berpeluang untuk menambah pelbagai ibadah dan memperbanyakkan amalan kepada Allah S.W.T seperti melakukan ibadah Solat Tarawih dan membayar Zakat Fitrah. Seperti bulan-bulan yang terdapat dalam kalender Islam, bulan Ramadhan mempunyai jumlah hari sebanyak 29 atau 30 hari.

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeAAj~