KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN BERSEJARAH | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

KEPENTINGAN MEMELIHARA BANGUNAN BERSEJARAH 

Disediakan oleh : Sekretariat Kerohanian dan perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh, Sesi 2020/2021, UPM     

Disediakan pada : 26/2/2021

     Pada era globalisasi ini, pelbagai industri perkilangan, pusat beli-belah, dan perumahan telah dibina dan menggunakan kawasan tanah yang luas. Isu perobohan bangunan bersejarah adalah antara isu yang hangat yang sering dibincangkan daripada meja kopi sehingga dewan parlimen tetapi keputusan tetap untuk menjaga bangunan bersejarah. Akan tetapi, terdapat juga negara yang merobohkan bangunan-bangunan bersejarah ini. Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah perlu untuk merobohkan bangunan bersejarah ini? Malahan, terdapat pelbagai kepentingan untuk memelihara bangunan- bangunan bersejarah di negara kita.

                           

 

       Kepentingan yang pertama adalah bangunan dan monumen bersejarah dapat member contoh dan pengajaran kepada masyarakat, khususnya kepada remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang lemah. Walaupun, sebahagian bangunan lama hanya menunjukkan peristiwa hitam, akan tetapi jika kita menghargai sejarah di sebalik bangunan itu dan mengambil pengajaran daripada peristiwa hitam yang telah berlaku, kita akan lebih maju kehadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah berlaku oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contoh, Kota A'Famosa di Melaka iaitu kubu kuat tentara Portugis yang dibina setelah menawan Melakadapat dijadikan pengajaran. Penawanan ini berlaku keranan masalah perpaduan, kelemahan pemimpin dan kelemahan tentera Melaka sendiri. Negara kita juga boleh menjadi negara yang setaraf dengan negara maju lain jika kita tidak mengambil mudah perkara ini dan mengambil pengajaran terhadap sejarah negara kita. Oleh itu, bangunan bersejarah di Negara kita tidak pelu dirobohkan . 

 

      Seterusnya, dari sudut pelancongan, bangunan dan monumen bersejarah mampu menarik minat pelancong. Sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara yang melawat negara ini. Bangunan ini juga merupakan faktor dominan bagi pelancong yang melancong di negara ini selain Petronas Twin Tower. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu dirobohkan tetapi perlu dipelihara dan diubahsuai. Sebagai contoh, bangunan lama sewajarnya diubahsuai untuk menjadi muzium, galeri seni dan pusat pelancongan. Fenomena ini menjadi perkara biasa di sesetengah negara Eropah seperti England, Perancis, Itali dan juga Belanda. Kota bersejarah seperti York, Bath, Oxford dan Cambridge di England berjaya untuk mempelihara sebahagian besar bangunan bersejarah mereka. Usaha ini mampu untuk menarik minat pelancong dari seluruh dunia dan mampu menjadi sumber pendapatan bagi negara ini.

      Tambahan pula, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan penting dalam pelajaran negara ini, khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu pengetahuan dapat dipelajari dengan memahami dan mempelajari bangunan dan monumen lama. Misalnya, dengan kehadiran bangunan dan air pancut Kuda di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di mana pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang di Kuala Lumpur, masyarakat bukan sahaja mempelajari tentang kepentingan Kuala Lumpur di zaman penjajahan British malah tentang kehidupan dan budaya penjajah dan masyarakat tempatan pada ketika itu. Bangunan Royal Selangor Club dan Dataran Merdeka dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi terutamanya bagi rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Malaya pada hujung abad ke-19. Perkara sama yang berlaku di mana kepentingan air pancut Kuda yang dibina di persimpangan antara Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Air pancut tersebut dibina bagi memperingati Inspektor polis negeri Selangor, Steve Harper. Oleh demikian, bangunan dan monumen bersejarah mempunyai nilai yang tersendiri.

 

     Sebagai kesimpulan, bangunan bersejarah amat penting dalam membentuk minda generasi muda di negara ini, terutamanya terhadap penghargaan warisan dan khazanah negara ini. Bangunan dan monumen bersejarah merupakan aset yang sepatutnya dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Dengan kehadiran bangunan bersejarah, generasi baru akan lebih menghargai dan sensitif terhadap pembangunan sejarah negara ini. Ini akan membentuk masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan dan kemusnahan bangunan bersejarah. Kerajaan perlu mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dipelihara. Jadi sekiranya terdapat sebarang pihak yang ingin merobohkan atau memusnahkan bangun bersejarah akan dikenakan tindakan undang-undang.

Tarikh Input: 26/02/2021 | Kemaskini: 27/02/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdTAs~