KESELAMATAN DI KOLEJ KEDIAMAN | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » KESELAMATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

KESELAMATAN DI KOLEJ KEDIAMAN

TIPS KESELAMATAN | BAHAGIAN KESELAMATAN

Pada Mei 2022, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua universiti awam melihat semula aspek keselamatan fasiliti masing-masing terutama bangunan berkaitan dengan pelajar. Setiap pengurusan universiti khususnya kolej kediaman perlu memastikan keselamatan premis dan pihak Kolej 10 UPM sentiasa melihat secara menyeluruh berkenaan aspek itu bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa pelajar sepanjang penginapan di kolej. Saban tahun, pihak pengurusan melalui jawatankuasa OSH melihat dan menilai model yang sedia ada, mengemukakan cadangan penambahbaikan, termasuk aspek kesihatan dan keselamatan untuk penuntut kategori orang kurang upaya (OKU).

 

Bahagian Keselmatan Universtiti (BKU) juga amat menekankan peranan pelajar itu sendiri yang bertanggungjawab menjaga disiplin demi keselamatan mereka. Antara peraturan yang termaktub di dalam peraturan kolej kediaman termasuklah:-

  1. Pelajar tidak dibenarkan keluar / masuk ke dalam kawasan kolej kediaman selepas jam 12.00 tengah malam.
  2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan blok pelajar wanita atau sebaliknya.
  3. Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik kolej.
  4. Tidak dibenarkan menggunakan peralatan elektrik seperti water heater dan rice cooker di dalam bilik.
  5. Pelajar lelaki dan wanita tidak dibenarkan berdua-duaan di tempat-tempat sunyi atau gelap sehingga mendatangkan curiga.
  6. Tidak dibenarkan membawa orang luar masuk / tinggal di dalam bilik kolej tanpa kebenaran.
  7. Pelawat-pelawat yang memasuki kolej dikehendaki mengambil Pas Pelawat di Pos Kawalan atau surat kebenaran melawat dari pihak kolej.
  8. Pintu dan tingkap bilik hendaklah sentiasa dikunci sebelum keluar bilik dan semasa tidur.
  9. Suis kipas, lampu dan plugpoint hendaklah dimatikan sebelum keluar daripada bilik.

 

Kesimpulannya, pihak pengurusan kolej, pelajar serta felo harus mengambil langkah proaktif dalam memastikan keselamatan diri terjamin. Keselamatan dan kesejahteraan pelajar semasa berada di dalam kawasan Kolej 10 adalah suatu keutamaan dan sentiasa dipandang serius. Kecelakaan yang berlaku perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan dan kebajikan para pelajar. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya’. Justeru, insiden yang pernah berlaku sama ada di dalam atau di universiti lain perlu diambil pedoman untuk mengelak kemalangan jiwa dan perkara yang tidak diingini berlaku.

 

Credit: BKU UPM

Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 21/02/2023 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdQAM~