Kuasa ‘Law Of Attraction’ | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Kuasa ‘Law Of Attraction’

Kuasa ‘Law Of Attraction’

Disediakan oleh: Norsyafiqah Atirah binti Muhamad Nazri , Timbalan Pengerusi 3, Sekretariat Sukan Kolej Sepuluh Sesi (2020/2021)

Disediakan pada: 9/4/2021

 

Pernahkah anda melalui satu situasi di mana anda sedang berjalan ke kelas dan sepanjang perjalanan anda asyik terfikir yang anda akan dimarahi oleh pensyarah anda dan tiba-tiba perkara itu benar-benar berlaku? Untuk pengetahuan anda, itu adalah satu ‘peraturan dunia’ yang dipanggil ‘Law of Attraction’. Kebiasaannya perkara ini akan berlaku apabila anda terlalu memikirkan sesuatu perkara tersebut.

“We are like magnets – like attract like. You become and attract what you think.”
– The Secret

Ramai diantara kita yang masih tidak sedar impak ‘Law of Attraction’ dalam kehidupan seharian kita. Sama ada kita melakukannya dalam keadaan sedar atau tanpa sedar. Sebagai contoh, anda asyik berkata kepada diri anda “Aku akan dapat dekan untuk semester ni.”, dan apabila keputusan peperiksaan anda keluar anda benar-benar dekan! Bukankah itu jelas menunjukkan bahawa pemikiran yang positif, akan beri impak yang positif kepada diri anda?

Seterusnya, ‘Law of Attraction’ juga banyak digunakan dalam seminar-seminar motivasi. “Hmm? Ada ke?” Mesti persoalan itu muncul di dalam kepala anda sekarang bukan? Kalau anda perasan, kebanyakkan seminar akan menyuruh kita menyebut sesuatu yang positif dengan kuat-kuat. Contohnya, “I’m a best student!” “I’m a best leader!”.Kemudian, kita akan disuruh tulis perkara-perkara yang positif termasuklah senaraikan benda yang kita betul-betul inginkan. Selalunya, kita akan disuruh untuk tulis dengan spesifik. Sebagai contoh, anda ingin mendapat dekan, anda mestilah tahu bila anda perlu dapatkan dekan, semester berapa dan pointer berapa. Itu adalah antara perkara yang perlu disenaraikan supaya apa yang diinginkan itu jadi lebih spesisfik. Apabila benda yang ditulis itu adalah spesifik, kebarangkalian untuk kita dapat apa yang diinginkan itu tinggi. Dan itu, adalah Law of Attraction.

“The way you think about success, is the way how the success come"


‘Law of Attraction’ menjadi sebab mengapa jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan bermula dengan pemikiran dan perasaan anda yang mana seterusnya akan memberikan pengalaman dan tanggungjawab kepada realiti kehidupan anda. Hukum tarikan adalah jelas dan ianya mudah untuk difahami. Ia boleh membantu atau merosakkan anda. Bagi menarik apa yang anda inginkan dalam kehidupan, anda perlulah menumpukan sepenuh perhatian anda kepada apa yang anda mahukan dan ia akan diterjemahkan melalui tindakan anda sendiri. Salah satu contohnya adalah dengan berimaginasi. Imaginasi merupakan salah satu kunci yang penting untuk anda membina sesuatu yang anda harapkan. Contohnya, anda berimaginasi tentang keingininan untuk membeli sebuah kereta jenama import dan secara tak langsung itu merupakan salah “Big Why” untuk anda mencari jalan untuk mendapatkan kereta tersebut. Daripada imaginasi akan wujudnya satu perasaan yang mana akan menentukan sama ada anda akan mendapatkan apa yang anda mahukan atau tidak. Sebagai contoh, anda bangun lewat dan anda telah terlewat ke kelas. Hal ini menyebabkan anda terfikir perkara-perkara negative seperti jalan akan sesak, kena marah dengan pensyarah dan anda akan dedenda. Apabila anda terfikirkan perkara sebegini, secara tak lansgung anda telah menarik cas cas negative dan sepanjang hari anda akan menjadi malang. Semua perkara yang dilakukan, semua tidak menjadi.

“People think about what they don’t want and attract more of it.” (The Secret)


Kesimpulannya, anda perlulah sentiasa berfikiran positif supaya anda akan menarik perkara-perkara yang positif disekeliling anda. Pemikiran anda yang menyebabkan anda akan terus bergerak ke hadapan atau tidak dan oleh sebab itu, anda perlulah memastikan orang disekeliling anda adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif.

“Your current reality or your current life is a result of the thoughts you have been thinking. All of that will totally change as you begin to change your thoughtsand your feelings.”
– The Secret.

Tarikh Input: 11/04/2021 | Kemaskini: 11/04/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdWAi~