KUCING SEBAGAI PENEMAN, MENJAGA PEDOMAN | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » KUCING SEBAGAI PENEMAN, MENJAGA PEDOMAN

KUCING SEBAGAI PENEMAN, MENJAGA PEDOMAN

Kucing adalah haiwan yang sungguh comel dan manja. Penjagaan kucing juga lebih mudah berbanding haiwan lain kerana kucing bukan haiwan yang cerewet. Boleh dikatakan hampir setiap kejiranan akan ada rumah yang menjaga kucing. Terdapat banyak juga kucing liar yang boleh didapati di mana-mana yang mempunyai unsur makanan kepada kucing. Persamaan antara semua keberadaan kucing ini ialah impak yang kucingkucing ini beri kepada manusia. Kewujudan kucing di kalangan manusia mampu memberi banyak impak positif pada manusia. Namun, tidak dinafikan juga bahawa ada sesetengah akan diberi impak yang negatif berbanding positif. Contohnya, ada populasi manusia yang alergi pada bulu kucing maka mereka tidak boleh ada berdekatan kucing. Di sini ada rungkaian tentang bagaimana jika kucing sebagi peneman, mampu menjaga pedoman seseorang itu.

Antara punca seseorang itu mencederakan diri sendiri ialah tekanan dan depresi. Tekanan dan depresi bukan sesuatu fasa yang boleh disembuh dalam jangka masa pendek. Terapi yang berkesan dalam menyembuhkan mental dan emosi yang lemah dan celaru ialah dengan mempunyai peneman dalam hidup mereka. Namun, bukan semua orang bertuah dalam mencari peneman yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada mereka. Di sini lah kucing memainkan peranan sebagai peneman kepada seseorang. Kucing bukan sahaja comel dan ceria, kucing malah boleh menjadi peneman setia kepada manusia. Haiwan peliharaan boleh membaca perasaan tuannya dan seterusnya memberi ketenangan emosi kepada tuannya. Ketenangan yang terdapat pada kucing itu akan beransur-ansur mempegaruhi tuannya. Seumpamanya, kucing ini ialah kawan baik tuannya. Keberkesanan kucing meningkatkan kesihatan mental dan emosi manusia ini juga telah dikenal pasti seantero dunia, sehinggakan kebanyakan pusat terapi mencadangkan untuk meluangkan masa bersama kucing sebagai terapi. Lebih menarik lagi, terma ‘terapi kucing’ juga telah diperkenalkan bagi memudahkan komunikasi antara psikiatri.

Dengkuran manja kucing atau lebih dikenali sebagai “cat purr” boleh membantu dalam meregegangkan otot dan tulang manusia. Dengkuran kucing atau “ Cat purr” adalah bunyi getaran yang dikeluarkan oleh seekor kucing itu apabila ia sedang dalam keadaan yang selesa dan tenang. Bunyi tersebut sering kedengaran apabila anak kucing sedang menyusu dari ibunya atau sewaktu di belai oleh tuannya. Bagaimana dengkuran itu boleh membantu dalam meregangkan otot dan tulang manusia ialah sewaktu dengkuran itu terhasil, getaran yang sama terhasil boleh memberi kelegaan kepada otot dan tulang manusia. Pelbagai jenis kajian telah dilakukan oleh para saintis yang mengatakan bahawa frekuensi getaran dalam lingkungan 25-150 HZ mampu memberi kesan positif pada sakit sendi tulang. Lanjutan daripada itu, kucing mampu menghasilkan getaran dalam lingkungan 10-140 HZ yang masih dalam rekod kajian yang dinyata. Perkara yang boleh di ambil contoh untuk membuktikan fakta ini ialah apabila seekor kucing itu mengalami kecederaan sendi tulang, ianya akan cenderung untuk merehatkan dirinya sambil membuat bunyi getaran itu walaupun tidak dibelai oleh manusia. Hal ini berlaku kerana kucing yang sedang cedera itu sedang berada dalam proses pemulihan.

Menjaga kucing mampu membibitkan sifat empati dan kasih sayang pada manusia. Sebagaimana manusia memberi perhatian pada kucing mereka, seperti itu juga kucing memberi perhatian pada manusia yang bersama mereka. Rutin harian seseorang yang menjaga kucing akan merangkumi aspek penjagaan kucing iaitu memberi perhatian seperti memberi makanan pada waktu makan atau meniliti kesihatan kucing tersebut. Apabila penilitian dan kasih sayang diberi kepada kucing peliharaan pada setiap hari, secara tidak langsung sifat itu akan menjadi sebahagian daripada karakter orang tersebut. Justeru itu, seseorang yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan akan menjadi seorang yang lebih peka dengan keadaan orang sekeliling mereka dan menjaga hubungan sosial yang sihat dikalangan mereka.

I Kucing bukan sahaja comel malah boleh memulihkan pelbagai aspek dalam kehidupan manusia. Fakta yang diberi boleh membuktikan bahawa kucing wujud di dunia ini bukan hanya sebagai aksesori kerana peranannya, tanpa sedar boleh mengubah seseorang itu untuk menjadi lebih baik.

 

 

Tarikh Input: 21/04/2021 | Kemaskini: 21/04/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdXAV~