Majlis Amanat Pengetua Dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2020/2021 | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2020/2021

Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2020/2021

YOUTUBE RASMI : K10 UPM, 30 OKT 2020 - Pada 30 Oktober 2020 (Jumaat), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh telah menganjurkan satu program iaitu ‘Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2020/2021’. Program ini merupakan satu majlis yang akan diadakan pada setiap tahun yang merupakan program wajib Kolej Sepuluh. Namun begitu pada tahun ini program tahunan dijalankan secara maya atas seruan pengamalan gaya hidup norma baharu oleh kerajaan. Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan barisan pentadbiran kolej khususnya buat pelajar baharu ambilan sesi 2020/2021.Program atau majlis ini turut dilangsungkan demi untuk menghargai para Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2019/2020 yang membantu dalam melancarkan segala urusan kolej. Secara rasminya melalui majlis ini, penyerahan jawatan MPK sesi 2019/2020 dan pelantikan jawatan bagi MPK sesi 2020/2021 dilangsungkan. Selain itu, Tuan Pengetua Kolej Sepuluh, Prof. Madya Ir. Dr. B. T. Hang Tuah Baharudin merupakan tumpuan utama dalam program ini yang mana beliau akan menyampaikan segala amanat dan harapan beliau terhadap para pelajar yang menginap di Kolej Sepuluh. Di samping itu, sejurus selepas tuan pengetua memberikan ucapan, beliau turut menerangkan dan menjawab segala persoalan yang diajukan oleh para penghuni Kolej Sepuluh khususnya dalam menyelesaikan konflik yang para pelajar hadapi semasa menginap di kolej. Tepat jam 9.00 malam, majlis dilangsungkan dengan kata alu-aluan oleh moderator dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan tayangan video pengenalan barisan felo dan barisan pengurusan Kolej Sepuluh, tayangan video ucapan penghargaan Presiden MPK sesi 2019/2020, tayangan video penghargaan barisan MPK sesi 2019/2020, tayangan video ucapan aluan Presiden MPK sesi 2020/2021, tayangan video pengenalan barisan MPK sesi 2020/2021, amanat dan ucapan daripada Pengetua Kolej Sepuluh (secara langsung dari Kolej Sepuluh) dan diakhiri dengan sesi soal-jawab. Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan iaitu dengan jumlah penonton tertinggi seramai 751 dan pada akhir program siaran live tersebut mencatatkan 1.3 ribu tontonan.

Tarikh Input: 01/11/2020 | Kemaskini: 23/11/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdWAY~