MEET & GREET Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » "MEET & GREET" Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan

"MEET & GREET" Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan

SABTU, 31 Oktober 2020 - Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan Kolej Sepuluh dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) telah mengadakan program ‘Meet & Greet’ melalui platform Zoom dan disiarkan secara live di platform youtube AlWehdah Kolej Sepuluh. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Inspire Rabbani dan ikon Inspire Rabbani kepada para pelajar Kolej Sepuluh khususnya semua ahli Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan Kolej Sepuluh. Program dimulakan dengan ucapan oleh Saudara Muhammad Afnan Bin Mohd Anderil selaku pengerusi sekretariat kerohanian dan perpaduan kolej sepuluh 20/21. Beliau juga menyeru semua para pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang bakal dilaksanakan kelak. Berikutnya, pengenalan mengenai Inspire Rabbani serta Ikon Rabbani disampaikan oleh Saudara Aiman bin Jumani selaku Timbalan Presiden1 (PMIUPM 20/21). Menurut beliau Inspire Rabbani merupakan satu medium berkonsepkan usrah yang dibentuk khusus untuk menyediakan bimbingan dan sokongan moral yang lebih dekat dengan pelajar. Di samping itu, program pada malam tersebut juga membawakan perkongsian oleh penceramah jemputan Ustaz Hafizan bin Sobri yang merupakan salah seorang alumni pelajar kolej sepuluh, beliau banyak berkongsi tentang konsep-konsep serta definisi Usrah yang boleh dipraktikan sendiri dalam kalangan para pelajar. Program ini juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan hampir 351 pelajar dimana terdiri dari para pelajar kolej sepuluh.Program yang berlangsung selama 2 jam ini sangat memberi impak yang positif kepada para pelajar dengan mendidik para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kolej di masa akan datang

Tarikh Input: 11/11/2020 | Kemaskini: 11/11/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdSAv~