Minggu Ilham Perkasa Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021 | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Minggu Ilham Perkasa Kolej Sepuluh sesi 2020/2021

Minggu Ilham Perkasa Kolej Sepuluh sesi 2020/2021


KOLEJ SEPULUH, UPM, 3 Okt 2020 – Pada 1 hingga 3 Oktober 2020, ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh telah menganjurkan satu program yang bernama Minggu Ilham Perkasa (MIP). Program ini diadakan untuk melatih ahli-ahli MPK yang baharu mengenai ilmu-ilmu asas tentang tugas sebagai MPK dan pelaksanaan sesebuah program. Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan dan mengeratkan ukhwah antara ahli MPK sesi 2020/2021. Seramai 35 orang MPK telah mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Semua peserta telah bersedia seawal 7.00 pagi untuk sarapan pagi dan seterusnya bertolak ke Auditorium Bahagian Kaunseling, UPM. Majlis Perasmian Minggu Ilham Perkasa yang bermula jam 8.30 pagi telah menjadi slot yang pertama untuk program ini. Prof. Madya. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah bin Baharudin, Pengetua Kolej Sepuluh telah merasmikan dengan jayanya program Minggu Ilham Perkasa tepat pada jam 9.10 pagi. Kemudian, selepas acara perasmian, program diteruskan lagi dengan slot Sesi Suai Kenal Pengurusan, Felo dan MPK yang dikendalikan oleh Cik Che Dini Maryani, Felo Kolej Sepuluh. Slot ini telah memperkenalkan setiap seorang staf pengurusan Kolej Sepuluh, semua Felo dan para MPK, bagi membolehkan para MPK yang baharu untuk mengenal organisasi di kolej. Slot tersebut telah berjalan selama satu jam dan tamat pada jam 11.00 pagi. Semua peserta dan felo diberi ruang untuk minum pagi dan diteruskan lagi dengan slot taklimat bersama Felo Penasihat program MIP iaitu En. Lufti pada jam 11.30 pagi. En. Lufti telah memberi taklimat secara terperinci tentang kem ini dan peraturan-peraturan yang patut dipatuhi peserta. Pada jam 12.00 tengah hari, slot Taklimat Covid-19 bersama Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKPP) UPM, Dr. Mohd Rafee Bin Baharudin dilangsungkan dengan jayanya selama dua jam. Slot ini telah memberi pendedahan kepada semua peserta tentang Prosedur Operasi Standard yang patut dipatuhi setiap peserta dalam mengendalikan program dan juga ilmu-ilmu tentang wabak Covid-19. Tepat jam 1.00 tengah hari, para peserta diberi ruang untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Program diteruskan lagi dengan slot Taklimat Pengurusan Merit yang dikendalikan oleh En.Sapari yang juga merupakan Felo Kolej Sepuluh. Slot ini melibatkan aktiviti para peserta sendiri dengan mengemukakan masalah dan solusi terhadap sistem merit yang dipraktikkan sebelum ini. Pada jam 4.00 petang, slot tersebut tamat dan peserta berangkat pulang ke Kolej Sepuluh. Pada jam 5.30 petang, setiap peserta telah menjalankan aktiviti riadah secara berkumpulan dan bermain permainan bola beracun bagi mengeratkan lagi ukhwah antara peserta di samping menjalankan hidup yang sihat. Para peserta telah dibenarkan untuk menguruskan diri pada jam 6.30 petang untuk makan malam dan solat Maghrib. Program diteruskan dengan slot Sistem Pengurusan dan Soal Jawab Kolej yang dikendalikan oleh Pn. Rahiza dan En. Zakuan mewakilkan pihak pengurusan Kolej Sepuluh di Bilik Ilmiah, Kolej Sepuluh. Sesi soal jawab ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 9.30 malam dan diteruskan lagi dengan slot terakhir pada hari pertama iaitu slot perbincangan program dan kertas kerja. Slot ini telah dikendalikan oleh En. Lufti selaku Felo Penasihat program yang memberi aktiviti brainstorm kepada para peserta untuk mengeluarkan idea program-program semua sekretariat yang berimpak tinggi kepada kolej. Slot ini telah berakhir pada pukul 11.30 malam.


Pada hari yang kedua, 2 Oktober 2020, para peserta telah bertolak ke Auditorium Bahagian Kaunseling, UPM seawal jam 7.30 pagi. Slot yang pertama telah bermula pada jam 9.00 pagi iaitu slot Penajaan yang dijalankan oleh En. Husalshah Rizal Hussian. Para peserta telah didedahkan mengenai tatacara yang betul untuk mengemukakan tajaan kepada syarikat atau mana-mana pihak UPM. Slot ini telah diteruskan lagi dengan slot Taklimat Personaliti yang dikendalikan oleh En. Ashaari pada jam 10.30 pagi. Para peserta telah diberi pendedahan tentang personaliti mereka mengikut warna dan aktiviti berkumpulan membina platform juga dilaksanakan mengikut warna personaliti masing-masing bagi memberi ruang kepada mereka untuk lebih jelas dan faham tentang personaliti mereka. Para peserta telah diberi ruang untuk makan tengah hari dan solat Zohor pada jam 12.00 tengah hari. Setelah itu, pada jam 2.30 petang, slot Pengurusan Mesyuarat telah dikendalikan oleh En. Affendi selaku Felo Kolej Sepuluh. Slot ini telah mendedahkan para peserta tentang tatacara pelaksanaan mesyuarat dan etika sebelum, semasa, dan selepas mesyuarat diadakan. Para peserta telah dibenarkan pulang ke kolej pada jam 5.00 petang untuk persiapan diri untuk makan malam dan solat Asar serta Maghrib. Slot di Kolej Sepuluh telah bermula pada jam 8.30 malam yang dikendalikan oleh En. Naszroul Haqimee Rahmat iaitu Bengkel Penulisan Surat di Bilik Ilmiah, Kolej Sepuluh. Melalui slot ini, para peserta telah didedahkan tentang cara dan format kertas kerja terkini untuk disampaikan kepada bakal Setiausaha Sekretariat masing-masing. Slot ini telah tamat pada jam 9.30 malam dan diteruskan lagi dengan slot Penerangan Format Kertas Kerja yang dikendalikan oleh Sdri. Azirah Binti Azhar untuk menerangkan tentang format dan tatacara penghantaran kertas kerja yang betul. Pada jam 10.30 malam, para peserta meneruskan aktiviti persiapan kertas kerja dan slot tamat pada jam 11.30 malam.


Pada hari ketiga, 3 Oktober 2020 para peserta telah berkumpul di Bilik Ilmiah, Kolej Sepuluh bagi pembentangan Terma Rujukan sekretariat mereka, diketuai Sdri. Husna Sofea. Melalui slot ini, para peserta telah memahami lebih jelas tentang bidang tugasan mereka sebagai MPK di Kolej Sepuluh mengikut sekretariat masing-masing. Slot ini telah tamat pada jam 9.30 pagi dan disambung dengan persiapan kertas kerja. Slot Penyelarasan Takwim Aktiviti telah dijalankan pada jam 2.00 petang bagi program-program yang bakal dilaksanakan di Kolej Sepuluh sepanjang sesi 2020/2021. Program disambung lagi dengan aktiviti persiapan kertas kerja dan peserta diberi ruang untuk menguruskan diri pada jam 5.00 petang. Aktiviti persiapan kertas kerja telah disambung pada jam 8.00 malam hingga jam 11.30 malam dan diakhiri dengan sesi ucapan dan maklum balas setiap peserta MIP. Program Minggu Ilham Perkasa ini telah ditangguhkan kepada tarikh yang akan ditentukan kelak untuk slot kem luar di Tadom Hill Resorts, Selangor.

 

 

Tarikh Input: 29/10/2020 | Kemaskini: 23/11/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdWAV~