PENYU KHAZANAH KITA | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » PENYU KHAZANAH KITA

PENYU KHAZANAH KITA

Disediakan oleh : Sekretariat Alam Sekitar, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh, Sesi 2020/2021, UPM

Disediakan pada : 10 Januari 2021

Penyu laut tergolong dalam kumpulan reptilia yang mendiami laut tropika dan subtropika di seluruh dunia. Penyu laut dianggarkan telah mendiami bumi selama lebih dari 100 juta tahun. Oleh itu, penyu laut dikenali sebagai fosil hidup. Antara spesies penyu termasuklah penyu hijau (Chelonia mydas), penyu bersisik (Eretmochelys imbricata), kura-kura Ridley Kemp (Lepidochelys kempi), penyu macan tutul (Lepidochelys olivacea) serta penyu belimbing (Dermochelys coriacea).

Sejak belakangan ini, penyu laut telah mengalami penurunan populasi yang dramatik. Secara semula jadi, penyu yang baru menetas lebih mudah menghadapi ancaman kematian berbanding haiwan seperti kepiting, burung, dan reptilia lain seperti kadal. Pembangunan kawasan pesisiran yang berlebihan telah mengurangkan habitat penyu untuk bertelur. Bahkan, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup untuk menangkap penyu demi kepentingan sendiri. Hal ini kerana telur, daging, kulit serta cangkerang mereka boleh dijual pada harga yang sangat tinggi.

Di Indonesia, penyu hijau merupakan salah satu spesies penyu yang paling banyak dieksploitasi oleh penduduk tempatan demi dagingnya. Selain itu, mereka masih menggunakan penyu dalam ritual tradisional. Untuk memenuhi permintaan pasar di Bali, ribuan penyu laut terkorban. Sementara di Malaysia, pengambilan telur secara haram dan penggunaan peralatan perikanan yang ekstrem telah menyebabkan kematian penyu dan mengurangkan pendaratan mereka di pesisiran pantai.

Di Australia, Mon Repos Reserve merupakan sebuah tarikan pelancong di mana pengunjung boleh mengunjungi penyu yang terletak di pantai sebuah kota kecil di Bargara. Mon Repos Reserve diuruskan oleh Queensland Parks and Wildlife Service (QPWS). Di bawah pengawasan renjer QPWS, pelancong dibawa ke pantai untuk melihat penyu pada waktu malam. QPWS akan menerangkan proses penyu bertelur, demonstrasi audio-visual mengenai penetasan telur penyu, sejarah, biologi dan evolusi serta masalah pembiakan penyu. Dalam hal ini, Malaysia perlu mencontohi usaha Australia dalam memelihara dan memulihara penyu.

Kesimpulannya, semua pihak harus bersatu padu dalam usaha melindungi dan memulihara spesies penyu laut. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, isu eksploitasi penyu akan dapat dikurangkan secara beransur. Media berperanan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat serta menyebarkan pengetahuan mengenai penyu laut. Adalah diharapkan agar pihak kerajaan, bukan kerajaan, sektor swasta, individu atau masyarakat amnya akan terus bekerja keras untuk melindungi penyu laut.

Apakah peranan masyarakat untuk mengurangkan masalah ini?

Masyarakat memainkan peranan penting dalam melindungi spesies penyu laut. Sebagai contoh, masyarakat tidak sepatutnya menggunakan produk yang diperbuat daripada cangkerang penyu laut seperti bingkai kaca mata serta membeli makanan yang berasaskan penyu laut. Selain itu, kita tidak seharusnya membuang sampah ke dalam laut. Hal ini kerana dikhuatiri penyu akan menganggap sampah terutamanya plastik sebagai makanan. Masyarakat juga harus menghindari untuk mengganggu penyu laut yang sedang bertelur untuk mengelakkan mereka untuk berhenti bertelur kerana rasa diancam.

 

Tarikh Input: 24/01/2021 | Kemaskini: 24/01/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdWAc~