Putra Apprentice 2.0 : Kerjaya Bidang Enterprising | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Putra Apprentice 2.0 : Kerjaya Bidang Enterprising

Putra Apprentice 2.0 : Kerjaya Bidang Enterprising

BAHAGIAN KAUNSELING, UPM, 21 Okt 2020 - Pada 21 Oktober 2020, Bahagian Kaunseling UPM telah menganjurkan satu program yang berfokuskan skop kerjaya dan dinamakan sebagai Putra Apprentice 2.0 dengan kerjasama Sekretariat Alumni dan Kerjaya Kolej Sepuluh sesi 2020/2021. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan mengketengahkan modal insan yang bertepatan dengan komponen-komponen utama dalam pasaran kerja. Selain itu, program Putra Apprentice 2.0 ini juga menekankan ciri-ciri yang diperlukan oleh organisasi ataupun majikan untuk menepati Revolusi Industri (IR) 4.0. Melalui program ini, para pelajar dapat mempelajari cara untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memupuk sifat daya saing demi keperluan masa hadapan. Untuk pengetahuan, program ini telah meraih sebanyak 861 responden tetapi hanya mencatat seramai 362 orang pelajar sahaja sepanjang sesi dijalankan melalui platform aplikasi Facebook Live (FB Live) Bahagian Kaunseling UPM. Sesi perkongsian ini diadakan secara langsung dari FB Live Bahagian Kaunseling UPM tepat jam 2.30 petang. Wakil daripada Ketua Seksyen Kaunseling Kerjaya Bahagian Kaunseling UPM iaitu Encik Muhammad Ashaari bin Awab, merupakan moderator sepanjang sesi ini berlangsung. Agenda program ini diteruskan dengan perkenalan diri oleh tetamu jemputan iaitu Encik Khairil Anuar yang merupakan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Antara perkara yang telah dikongsikan oleh Encik Khairil adalah mengenai pengalaman beliau sepanjang menjadi mahasiswa dalam bidang Kesusasteraan Inggeris di UPM. Ketika sesi pengkongsian berjalan, para pelajar juga tidak segan untuk menyuarakan pertanyaan kepada panel melalui ruang komen yang disediakan. Secara tidak langsung, para pelajar juga didedahkan dengan beberapa realiti apabila menjadi seorang PTD. Slot ini dimanfaatkan lagi dengan tip-tip untuk menceburi kerjaya bidang Enterprising dan terdapat juga perkongsian pengalaman Encik Khairil Anuar semasa ditemuduga untuk mejawat jawatan sebagai PTD. Pengakhirannya, program Putra Apprentice 2.0 ini diakhiri dengan kata-kata semangat daripada panel jemputan kepada semua pelajar UPM.

Tarikh Input: 30/10/2020 | Kemaskini: 30/10/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdTAL~