SESI LATIHAN KEBAKARAN DI KOLEJ SEPULUH | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » SESI LATIHAN KEBAKARAN DI KOLEJ SEPULUH

SESI LATIHAN KEBAKARAN DI KOLEJ SEPULUH

SERDANG, 3 Oct- Sebagai persediaan menghadapi situasi yang tidak dijangka, satu sesi Latihan Kebakaran atau Fire Drill telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej di Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia dimana melibatkan pelajar dan staf di Kolej Sepuluh bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Unit Kecemasan Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada setiap pelajar dan staf di Kolej Sepuluh mengenai kaedah atau langkah keselamatan atau tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku situasi kecemasan atau lebih tepat kebakaran di kolej atau bangunan yang diduduki oleh para pelajar dan staf.

 

Latihan ini telah dilakukan pada jam 9.30 malam hingga jam 10.30 malam dan pengosongan bilik dilakukan sejurus Fire Drill di kolej dibunyikan. Para pelajar diarahkan bergegas untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Selain anggota pasukan penyelamat, latihan itu turut menggunapakai khidmat pelakon yang dipilih khusus untuk menjadi mangsa kebakaran yang mana situasi kecemasan dirangka benar-benar mencetus motif disasarkan.

 

Hasil dari sesi post mortem sejurus selepas simulasi, dapat dirumuskan para pelajar dan staf di Kolej Sepuluh telah mempamerkan kerjasama yang mantap di mana semua pelajar berjaya keluar menerusi tangga kecemasan dengan mengambil masa kurang daripada 7 minit mengatasi masa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tarikh Input: 07/10/2019 | Kemaskini: 07/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdUA3~