Tips Penjagaan Kesihatan Mental | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Tips Penjagaan Kesihatan Mental

Tips Penjagaan Kesihatan Mental

Disediakan Oleh : Sekretariat Alumni dan Kerjaya, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021. Universiti Putra Malaysia. 

Disediakan pada : 9 Januari 2021 

Pertama, penjagaan kesihatan mental boleh dikekalkan dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kesihatan fizikal amat berkait rapat dengan penjagaan mental. Badan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan mental yang baik serta dapat mengelakkan stress dan tekanan. Hal ini demikian kerana, dengan melakukan beberapa regangan badan dan senaman ringan ianya dapat membantu badan untuk merembeskan ‘hormon gembira’ atau juga dikenali sebagai Dopamine yang terhasil melalui senaman yang mengeluarkan peluh. Melalui senaman,minda juga akan berasa lebih cerdas dan cergas sekaligus dapat mengekalkan kesihatan mental yang stabil.

 

 

Selain itu, setiap individu juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. 

Pemakanan seharian seseorang itu amat mempengaruhi kesihatan mental dan juga kesihatan fizikal. Pemakanan yang sihat perlu dititikberatkan  oleh  setiap individu kerana  pemakanan  mempengaruhi  emosi.  Langkah yang paling mudah untuk penjagaan mental adalah dengan memastikan pengambilan air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Selain itu, sumber-sumber protein seperti kekacang, ikan, telur dan daging perlu dimasukkan dalam diet setiap individu. Seterusnya adalah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi.

Di samping itu, kesihatan mental juga bole dijaga dengan meminta bantuan dengan terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan. Seseorang itu juga boleh meluahkan perasan kepada orang yang dipercayai bagi mengurangkan tekanan atau kesedihan yang berkemungkinan dapat mempengaruhi kesihatan mental. Selain itu pada mengurangkan tekanan, seseorang individu juga dapat memperoleh pendapat atau pandangan unutuk menangani sebarang pemasalah dan mengurangkan bebanan yang dialami. Selain itu, meminta bantuan daripada pakar kesihatan mental juga adalah langkah untuk penjagaan mental bagi mendapatkan rawatan lanjut bagi mendapatkan nasihat dan tips bagi penjagaan mental yang sempurna.

Konklusinya, kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh dan dipinggirkan kerana ia dapat mempengaruhi kehidupan sesorang. Kesedaran tentang penjagaan kesihatan mental perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat. Kesedaran ini dapat membuka minda msyarakat tentang manfaat kesihatan mental yang stabil. Oleh itu, setiap inidividu perlulah mengamalkan tips penjagaan kesihatan mental bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan sihat dan sempurna.

 

Tarikh Input: 12/01/2021 | Kemaskini: 23/01/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdRAN~