WABAK COVID 19 DI MALAYSIA | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » WABAK COVID 19 DI MALAYSIA

WABAK COVID 19 DI MALAYSIA

Seluruh negara sekarang telah dilanda wabak koronavirus dan telah mengubah gaya hidup manusia kerana wabak ini telah mengorbankan berpuluh ribu nyawa manusia. Hal ini amat menyedihkan. Pengumuman Kementerian Kesihatan pada awal tahun lalu, bahawa tiga pelancong China di Johor diuji positif jangkitan baru koronavirus mengesahkan wabak itu telah sampai ke sini. Malaysia kini termasuk 11 buah negara lain yang dikesan wabak berjangkit itu.

 

Wabak ini muncul pada saat jutaan orang di seluruh dunia, khususnya di China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang menyaksikan banyak perjalanan dibuat. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China. WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

 

 

 APAKAH GEJALA YANG BOLEH MEMBUATKAN SESEORANG ITU DIJANGKITI KORONAVIRUS

Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV)."Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas."Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut," kata organisasi kesihatan itu. Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, tidak ada ubat atau vaksin untuk virus baru itu.

 

Beliau berkata satu-satunya rawatan yang boleh digunakan untuk pesakit positif dengan virus tersebut adalah melalui kuarantin dan merawat gejala seperti batuk, selesema dan demam.

Bagaimanapun, kerja-kerja untuk menghasilkan vaksin tersebut sedang diusahakan oleh banyak agensi kesihatan di seluruh dunia.Menurut Wall Street Journal, beberapa pembuat ubat-ubatan di Amerika Syarikat (AS) dan penyelidik di University of Queensland di Australia kini antara pihak yang sedang bekerja keras membangunkan vaksin virus ini.CNN juga melaporkan bahawa National Institutes of Health, agensi utama kerajaan AS yang bertanggungjawab untuk penyelidikan kesihatan bioperubatan dan penyelidikan kesihatan awam, juga sedang menghasilkan vaksin.Satu pasukan saintis di Texas, New York dan China juga turut bekerja untuk menghasilkan vaksin terbabit, kata CNN, yang memetik Dr Peter Hotez, seorang saintis vaksin di Baylor College of Medicine di Houston.

 

 

APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN UNTU MENGELAKKAN DIRI DARI DIJANGKITI

Untuk pengetahuan anda, virus corona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Virus ini akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti demamselesema atau sesak nafas

Berikut adalah simptom & komplikasi virus korona baharu yang kalian wajib tahu:

 

Buat anda yang belum tahu, terdapat beberapa jenis virus korona iaitu:

  • 229E (alpha coronavirus)
  • NL63 (alpha coronavirus)
  • OC43 (beta coronavirus)
  • HKU1 (beta coronavirus)

Jadi, sesuatu perlu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan individu terselamat daripadanya. Berikut adalah saranan WHO bagi membantu melawan wabak berbahaya ini:

  • Basuh tangan secara kerap dengan teknik yang betul – ikuti panduan 7 langkah basuh tangan yang dikeluarkan oleh WHO
  • Patuhi etika batukatau bersin ketika berada di tempat awam – tutup mulut menggunakan tisu atau lipatan tisu
  • Elak melakukan sentuhan dengan individu yang menunjukkan simptom virus ini – batuk, selesema atau sesak nafas

Selain itu, WHO turut menegaskan agar kita tidak menyentuh atau memakan haiwan liar yang mungkin merupakan punca virus corona ini seperti ular, kelawar dan sebagainya. 

Dalam pada itu, penggunaan topeng muka juga mungkin dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan wabak berbahaya ini.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdUAV~