Xplore! Malaysia : Tempat – Tempat Menarik Di Malaysia | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » xplore! Malaysia : Tempat – tempat menarik di Malaysia

xplore! Malaysia : Tempat – tempat menarik di Malaysia

Disediakan Nur Nadhirah Binti Shaipulizan Sektariat Alumni Dan Kerjaya Kolej Sepuluh 2020/2021

Sektor pelancongan merupakan antara sumber ekonomi di negara kita. Hal ini demikian kerana, negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dijadikan tempat percutian. Malaysia merupakan negara yang kaya dengan flora dan fauna. 

Contohnya, bunga terbesar di dunia iaitubunga rafflessia yang menjadikan negara kita sebuah negara yang unikPada tahun 2019, Malaysia mencatatkan sebanyak 25.8 juta pelancong dan sekali gus memberi sumbangan sebanyak RM84.1 billion kepada ekonomi negara. 

Namun, penularan Covid-19 pada tahun 2020 telah banyak menjejaskan sektor pelancongan di negara kita. Pada suku pertama 2020, berlaku penurunan dalam sektor pelancongan sebanyak 36.8% berbanding tahun sebelumnya. Perkara ini menjadi titik tolak kepada rakyat Malaysia untuk menerokai negara kita bagi membangunkan semula sektor pelancongan dalam negara. Oleh itu, terdapat tempat-tempat menarik di Malaysia yang sesuai dijadikan tempat percutian di negara kita.

 

 

Pulau Mabul merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Pulau ini terletak di Sabah dan juga berdekatan dengan Pulau Sipadan. Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil dan kaya dengan batu karang. Pulau ini juga menjadi pembiakan plankton kerana batu karang yang terdapat pada dasar laut. Pulau Mabul istimewa dengan tempat pembiakan haiwan eksotik seperti sotong kurita dan cephalopods.

Pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan di Pulau Mabul. Antaranya adalah fotografi-makro disamping lokasinya yang berdekatan dengan laut Sulawesi yang kaya dengan terumbu karang. Selain itu para pelancong juga berpeluang untuk melakukan scuba diving sambil menghayati keindahan hidupan laut. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain seperti snorkeling dan island hopping

 

 

 

Kundasang Sabah merupakan sebuah pekan kecil yang terletak berdekatan Gunung Kinabalu.

Kawasan ini mempunyai pemandangan yang amat indah serta dikelilingi dengan alam semula jadi yangserba kehijauan. Kundasang juga terkenal. kerana pemandangannya seolah-olah berada di New Zealand. Antara tarikan utama di Kundasang adalah Desa Cattle Dairy Farm. Pelancong berpeluang untuk mendapatkan susu segar serta aiskrim yang juga menggunakan susu lembu segar. Desa Cattle Dairy Farm juga mempunyai baka-baka lembu yang berasal dari New Zealand. Pengunjung boleh mendapatkan peluang untuk memberi susu kepada lembu dan mempelajari cara untuk memerah susu. Berdekatan Kundasang, terdapat  ladang teh yang wajib dikunjungu oleh pelancong. Pengunjung boleh membeli belah teh asli dan pelbagai produk asli Borneo. Selain itu, Meragang Hill juga antara tempat tarikan di Kundasang kerana keindahanya apabila tiba di puncak bukit. Secara kesuluruhanya, kudansang merupakan tempat peranginan yang amat sesuai dijadikan lokasi percutian bersama keluarga.

DERONG : Aerial View Masjid Al Bukhary, Alor Star Kedah - YouTube

Masjid Al-Bukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Pembinaan masjid ini adalah daripada sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Masjid ini amat terkenal dengan seni binanya yang berasaskan darinegara Turki dan Iran. Terdapat tujuh buah kubah yang menyerupai bentuk gasing. Kubah-kubah yang dibina dihiasi dengan warna biru dan lakaran awan larat bermotifkan tumbuhan. Pada ukur lilit kubah, terdapat tulisan khat jenis thuuluth.

Terdapat juga fakta menarik bahawa pintu masjid ini dibina sebanyak 5 lapisan yang melambangkan 5 rukun Islam.Masjid dibina bersama kompleks yang mempunyai pelbagai fasiliti seperti hospital, tempat penginapan pelancong dan lain-lain lagi. Sekolah juga dibina untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan bagi para pelajar. Perkara ini sekali gus memakmurkan aktivti masjid agar tidak dipandang sepi

Tourism Malaysia - Wikipedia

 

Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia yang mampu manarik pelancong. '

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, 

kita perlu menghargai negara dengan menerokai tempat pelancongan dan menyokong sektor pelancongan di Malaysia.

Tarikh Input: 18/05/2021 | Kemaskini: 31/05/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEdWAi~