Pada 16 Oktober 2023, Jemaah Pengerusi Aras mengadakan Bazar Sekretariat Kolej Sepuluh di Kolej Sepuluh (K10), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang sekretariat Kolej Sepuluh dan membuka pendaftaran ahli sekretariat. Inisiatif ini diharapkan dapat mendorong keterlibatan pelajar dalam aktiviti kolej. Program juga memberi peluang untuk memupuk semangat jati diri dan kepimpinan. Notis program disampaikan sebelumnya, dan setiap sekretariat diberikan taklimat mengenai pelaksanaan program.
Pelajar diminta memilih sekretariat yang diminati. Pendaftaran dibuka secara berperingkat, dengan Tahun 1 mulai jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, dan Tahun 2 ke atas dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam. Program ini berlangsung di Dataran Kolej Sepuluh selama 3 jam. Seusai program, setiap sekretariat menutup dan melaporkan jumlah dan nama pelajar yang mendaftar. Program mendapat kerjasama baik dari pelajar dan mendapat maklum balas positif.
Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | rahiza
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR