Bengkel Pemantapan Teknikal Dan Laman Sesawang (BPTLS) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Bengkel Pemantapan Teknikal dan Laman Sesawang (BPTLS)

Bengkel Pemantapan Teknikal dan Laman Sesawang (BPTLS)

KOLEJ SEPULUH, UPM, 9 April 2022 – Pada 18 Disember 2021 dan 2 April 2022, Sekretariat Teknikal dan Multimedia telah menganjurkan sebuah program iaitu Bengkel Pemantapan Teknikal dan Laman Sesawang (BPTLS) yang bertujuan dalam memastikan Ahli-ahli Sekretariat Teknikal dan Multimedia juga pelajar Kolej Sepuluh dilatih dan dibimbing dengan baik dalam menguruskan laman sesawang rasmi Kolej Sepuluh dan juga mengendalikan PA System milik Kolej Sepuluh dengan baik. Notis mengenai program bagi slot pertama ini telah dikeluarkan empat hari sebelum program slot pertama BPTLS dimulakan.  

 

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat 36 peserta yang hadir menjayakan program ini yang bertempat di dua lokasi iaitu Makmal Komputer 4, Fakulti Kejuruteraan dan Dewan Sri Budiman, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam program ini terdapat slot Bengkel Pemantapan Laman Sesawang yang berlangsung pada 18 Disember 2021 yang bertempat di Makmal komputer 4, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Pengisian bengkel tersebut dikhususkan untuk melatih peserta dalam menguruskan laman sesawang rasmi Kolej Sepuluh. Selain itu, slot Bengkel Pemantapan PA System turut diadakan pada 2 April 2022 yang mengkhususkan cara penggunaan dan pengendalian PA System Kolej Sepuluh supaya pelajar Kolej Sepuluh lebih memahami cara pengendalian PA System sewaktu majlis rasmi berlangsung. Notis program Bengkel Pemantapan PA System dikeluarkan tiga hari sebelum slot program tersebut diadakan.  

 

Pelaksanaan program BPTLS bagi kedua-dua slot ini amat penting bagi Sekretariat Teknikal dan Multimedia yang juga merupakan sekretariat sokongan dalam pelaksanaan sebarang majlis. Program ini telah mendapat sambutan yang hebat daripada pelajar Kolej Sepuluh. Program BPTLS ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar Kolej Sepuluh malah dapat membantu Sekretariat Teknikal dan Multimedia dalam mencari bakat baharu dalam mengendalikan Laman Sesawang serta PA System Kolej Sepuluh. Sepanjang program ini berlangsung, semua peserta memberikan maklum balas yang baik. Pelajar Kolej Sepuluh juga tidak segan dalam mengajukan soalan semasa program ini berlangsung. Segala persoalan yang diajukan oleh pelajar Kolej Sepuluh telah pun dijawab dengan baik oleh pihak penceramah bengkel tersebut. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat respon yang positif daripada peserta iaitu hasil daripada maklum balas daripada pautan Google Form yang dilakukan. 

 

(331 patah perkataan)

Tarikh Input: 16/04/2022 | Kemaskini: 16/04/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFCRAd~