SERDANG April 2019 -Sebuah pertandingan tarian Bollynaach Showdown 2.0 anjuran Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan pada 15 April 2019 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pertandingan ini disertai oleh kolej-kolej kediaman di UPM termasuklah pasukan SETA Walinongsari yang mewakili Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas. Pertandingan ini turut dihadiri oleh Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Timbalan Naib Canselor, UPM).
Pertandingan ini dimulakan pada jam 8.00 malam dan diakhiri pada jam 12 tengah malam tadi. Hasil daripada pertandingan ini pasukan SETA Walinongsari telah merangkul tiga anugerah iaitu tempat ke-3 dan dua anugerah khas (kerjasama dalam pasukan terbaik dan juga busana terbaik). Tempat ke-2 pula dimenangi oleh Kolej Canselor dan tempat pertama dimenangi oleh Kolej Tun Dr Ismail. Pihak kolej mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan yang mewakili kolej dan sokongan yang diberikan oleh warga Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas. Syabas Diucapkan!
Gambar : https://www.instagram.com/p/BwXfLKpgwFI/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=jydanxse760c
Berita Oleh : Muhammad Wildan bin Azman
Gambar : pravin
Tarikh Input: 18/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR