SERDANG, 15 Sept- Sekumpulan pelajar daripada kolej 10 telah menyertai Gathering Mahabbah Persatuan Mahasiswa UPM yang bertempat di Rumah PMI ini bermula pada jam 7 pagi dengan acara pendaftaran dan sarapan pagi buat peserta. Majlis ini dihadiri oleh Timb. Naib Canselor HEPA, Prof. Mohd Roslan Sulaiman dan jemputan khas iaitu, Pencetus Ummah Amin.
Majlis dimulakan jam 9 pagi dengan gimik perasmian majlis dan ucapan oleh Pembantu hal ehwal Islam Pusat Islam UPM, Ustazah Rohani diikuti oleh ucapan perasmian oleh beliau. Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan ceramah oleh Pencetus Ummah Amin. Tamat pada jam 1 petang dengan sesi bergambar dan makan tengah hari.
Berita Oleh: Muhammad Zulzafry Bin Mohd Zulkifly
Gambar: Facebook PMI UPM
Tarikh Input: 13/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR