DEWAN SRI BUDIMAN, KOLEJ SEPULUH, UPM, 27 Nov 2021 - Pada 24 dan 25 November 2021,Pusat Kesihatan Universiti UPM telah menganjurkan sebuah Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Sekretariat Sukarelawan, Kolej Sepuluh, UPM. Tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk membantu Pusat Darah Negara mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi kegunaan para pesakit. Sasaran peserta bagi program ini adalah seramai 100 orang sahaja yang terdiri daripada pelajar UPM namun disebabkan program ini mendapat sambutan yang baik, jumlah peserta yang telah hadir bagi kedua-dua hari tersebut ialah seramai 190 orang. Pada 22 November 2021, notis dan poster program mula dihebahkan tepat pada jam 1.00 petang melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook. Poster fizikal program turut ditampal di sekitar kawasan Kolej Sepuluh. Pada 24 November 2021, program bermula tepat jam 9.00 pagi dan peserta mula memenuhi kawasan dewan dengan pantauan SOP yang ketat oleh ahli jawatankuasa bertugas. Program terpaksa ditamatkan awal iaitu pada jam 12.00 tengah hari disebabkan pihak Pusat Darah Negara telah kehabisan beg darah disebabkan kehadiran peserta yang melebihi kapasiti. Jumlah penderma yang diterima pada hari pertama ialah seramai 69 orang. Pada 25 November 2021, program bermula seawal jam 9.00 pagi dan sasaran jumlah peserta ditambah kepada 100 orang namun jumlah penderma yang diterima ialah seramai 87 orang sahaja bagi hari kedua dan program telah ditamatkan pada jam 2.00 petang. Jumlah penderma bagi kedua-dua hari ialah seramai 156 penderma. Setelah program tamat, kawasan dewan mula dikemaskan dan semua ahli jawatankuasa diminta untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga. Program pada kedua-dua hari berjalan dengan sangat lancar dan mendapat maklum balas yang positif dari pelbagai pihak.
Tarikh Input: 08/12/2021 | Kemaskini: 08/12/2021 | rahiza
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR