SERDANG, 17 Sept– Majlis Amanat Pengetua (MAP 2019) hadir lagi bagi sesi 2019/2020 bersama Pengetua Kolej Sepuluh, Prof. Madya Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin yang disertai pelajar-pelajar baharu seramai hampir 600 orang dari penginapan blok lelaki dan perempuan. Untuk rekod, dahulunya Kolej Sebelas yang menempatkan pelajar perempuan kini dikenali blok perempuan, Kolej Sepuluh.
Menurut Pengetua, pelajar-pelajar diingatkan untuk patuh kepada peraturan kolej pada setiap masa. “Pelajar-pelajar di sini adalah pelajar terpilih, maka, tidak ada sebab untuk kata tidak tahu menahu tetang peraturan selepas ia dilanggar” kata beliau lagi semasa majlis terebut. Sesi soal jawab antara penghuni kolej dan Pengetua juga telah diadakan. Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Iskandar Zulkarnain Adamulhasza ketika ditemui berkata “saya sangat yakin pelajar-pelajar yang ada termasuk yang baharu akan sentiasa patuh pada peraturan, jaga disiplin dan tidak bermain-main ketika dalam kolej.”
Berita Oleh: Alysha Auluck Amarjit Singh
Gambar: Instagram Kolej Sepuluh
Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR