Majlis Amanat Pengetua Dan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024

Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024

     
Pada 23 Oktober 2023, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh (K10) telah mengadakan Majlis Amanat Pengetua dan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Kolej bagi sesi 2023/2024 yang mewajibkan semua penghuni Kolej Sepuluh untuk menghadiri diri dalam program ini.

Acara tersebut berlangsung di Dataran Kolej Sepuluh pada pukul 9:00 malam dan dimulakan dengan ucapan Pengetua Kolej Sepuluh iaitu Prof. Ts. Dr. Wan Zuha bin Wan Hasan. Beliau memuji pelajar atas penyertaan mereka dalam pelbagai pertandingan dan berjaya memenangi tempat di dalam pertandingan tersebut. Selain itu, beliau juga menekankan aspek keselamatan dan disiplin para pelajar bagi memastikan keselamatan semua pelajar.

Program tersebut kemudian diteruskan dengan penyampaian surat pelantikan kepada ahli Majlis Perwakilan Kolej yang baru dan saudara Muhammad Aiman bin Khairul Anuar telah memimpin bacaan ikrar sepanjang sesi berlangsung. Seramai 40 pelajar dari Kolej Sepuluh (K10) telah dilantik untuk berkhidmat dalam Majlis Perwakilan Kolej untuk sesi 2023/2024.

Program tersebut tamat pada pukul 10:40 malam setelah berjaya mencapai objektifnya. Objektif acara tahunan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menjadi peringatan kepada semua pelajar kolej tentang kepentingan penyertaan mereka dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak kolej.

Tarikh Input: 11/12/2023 | Kemaskini: 11/12/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFCMAs~