Putrajaya, Oktober 2019- Sebuah majlis; Majlis Apresiasi Mantan MTM 2018/2020 telah diadakan pada 4 Oktober 2019 dan bertempat di Pak John Steamboat & BBQ buffet. Majlis ini merupakan majlis penghargaan kepada mantan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas sesi 2018/2019. Program ini merupakan satu inisiatif untuk meraikan mantan MTM yang telah bertungkus-lumus selama setahun dalam membantu
pihak kolej mengendalikan aktiviti dan kebajikan pelajar sepanjang sesi 2018/2019. Program ini juga bertujuan untuk
memperkuatkan hubungan antara mantan MTM dengan pihak pengurusan Kolej Sepuluh khasnya dan Universiti Putra Malaysia
amnya. Majlis bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pada 10.30 malam. Seramai 68 mantan MTM dan beberapa felo hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Pengetua Kolej Sepuluh juga hadir untuk memberi ucapan tahniah dan terima kasih kepada
mantan MTM Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas kerana telah membantu pihak kolej. Penyampaian hadiah diadakan sebagai tanda kenangan dan terima kasih. Pihak pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan terima kasih atas pihak yang menjayakan program. Diharapkan agar majlis ini akan diteruskan pada sesi yang akan datang.
Berita oleh: Firdaus
Gambar oleh:Firdaus
Tarikh Input: 12/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR