UPM, Serdang- 7 Oktober bersamaan hari ahad merupakan satu tarikh yang penting dan bermakna bagi penghuni penghuni kolej di seluruh UPM kerana berlangsungnya Majlis Perasmian Sukan Kolej (SUKOL) 2018 pada hari tersebut. Pengangkutan seperti bas UPM telah disediakan kepada pelajar dari setiap kolej bagi membawa mereka ke Pusat Sukan UPM . Sukan Kolej 2018 membuka tirainya secara rasmi dalam penuh suasana meriah di Pusat Sukan UPM dengan acara perbarisan yang unik berunsurkan pelbagai tema dari setiap kolej kediaman UPM. Vice Cancelor UPM turut menghadirkan diri bagi memberi ucapan bersempena perasmian tersebut. Majlis dimuliakan lagi dengan bacaan doa serta naungan ikrar. Semoga perasmian ini menjadi pembakar semangat kepada kontijen yang akan bertanding dalam pelbagai acara pada SUKOL 2018.
Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR