Malam Kebudayaan Tiong Hua 2022 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Malam Kebudayaan Tiong Hua 2022

Malam Kebudayaan Tiong Hua 2022

SABTU, 26 Mar 2022 - Pada 26 Mar 2022 iaitu Sabtu yang lalu, Majlis Perwakilan Kolej Sekretariat
Kebudayaan dan Kesenian, SETA ChengXia, Kolej Sepuluh telah mengadakan Program Malam

Kebudayaan Tiong Hua 2022 melalui platform Youtube Live. Program Malam Kebudayaan Tiong Hua 2022 ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua warga Universiti Putra Malaysia tentang kebudayaan Cina. Selain itu, program tersebut juga bertujuan untuk memupuk perpaduan dan integrasi antara kaum bagi melahirkan satu masyarakat yang harmoni tanpa mengira kaum dan bangsa. Di samping itu, program ini ingin membentuk nilai keusahawanan dalam diri para mahasiswa melalui perancangan dan pengurusan perniagaan. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi muda Kolej Sepuluh yang kental dan mampu memacu sesebuah organisasi dengan penuh karisma. Akhirnya, program ini bertujuan untuk melibatkan pelbagai kaum dan etnik dalam pelaksanaan program dan memupuk perpaduan antara satu sama lain.
Dalam program ini, SETA Walinongsari dan SETA Samiyuktha telah menyumbangkan tarian tradisional India dan tarian tradisional Melayu. Hal ini memberi peluang kepada para penonton yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menyaksikan tarian tradisional yang terdapat di Malaysia dan turut memperkenalkan tarian tradisional kaum lain kepada para pelajar universiti. Perkara ini juga dapat memastikan keharmonian antara masyarakat yang terdiri daripada kaum yang berlainan. Di samping itu, persembahan tradisional Cina, 24 Seasons Drum Club dan Diabolo dapat dikenali oleh para pelajar melalui program ini. Daripada eksekutif program MKTH sendiri juga telah menyediakan persembahan drama pendek dan nyanyian untuk program ini.
Secara kesimpulannya, program ini telah dijalankan dengan lancar dan berjaya menghiburkan serta memberi impak kepada para penonton yang menyertai program pada malam itu. Pihak Sekretariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh (K10), UPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama untuk menjayakan program tersebut. Semoga dengan program ini dapat memupukkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar.

Tarikh Input: 10/04/2022 | Kemaskini: 10/04/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFCKAH~