UPM, Serdang - Malam Tunas Budaya (MTB) telah berlangsung dengan jayanya pada 30 septemer 2018 bertempat di Dewan Besar UPM. MTB 2018 adalah sebahagian daripada program kebudayaan tahunan inter-kolej yang bertujuan untuk mengasah serta mengilap bakat pelajar-pelajar baharu tahun pertama daripada setiap kolej. Dengan penyertaan 17 kolej ,9 buah persembahan daripada beberapa gabungan kolej telah berentap untuk merebut kejuaraan pada malam tersebut.
kolaborasi antara kolej sepuluh dan kolej sebelas telah membentuk produksi SETA dan menghasilkan sebuah karya bernama SETA Walinongsari bersempena tema MTB 2018 iaitu Sayangi Malaysiaku. Malam yang dinanti-nantikan ini dimulakan dengan tarian dan dendangan irama kebudayaan daripada kelab Adimastuli serta bicara perasmian. Suasana riuh semakin hangat dengan persembahan dari setiap kolej yang akan dinilai oleh para juri jemputan ; Kya Arifin serta Aidil Aziz.
Air mata serta sorakan kegembiraan dilontarkan oleh para pelajar setelah persembahan gabungan SETA Walinongsari dari Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dinobatkan sebagai juara pada Malam Tunas Budaya 2018. Kemenangan tersebut telah menamatkan kemarau piala MTB bagi Produksi SETA kerana ia adalah kemenangan pertama dalam 5 tahun. Selain itu, SETA juga menerima dua anugerah iaitu anugerah Pengarah Bersama Terbaik dan Vokal Terbaik
Ribuan tahniah diucapkan kepada SETA dan sudah pasti kebanggaan ini akan menjadi pendorong untuk mempertahankan kejuaraan yang diperoleh!
Berita oleh : Amir Hakim
Tarikh Input: 02/10/2018 | Kemaskini: 17/06/2021 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR