SERDANG, 22 Sept- Seramai 24 pelajar dari Kolej Sepuluh telah terlibat dalam Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi Ambilan ke Dua 2019/2020. Majlis tersebut telah dijalankan bersama YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bertempat di Dewan Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Untuk makluman, majlis ikrar adalah perkara yang wajib ditunaikan untuk setiap pelajar terutamanya kepada pelajar baharu yang menyambung pengajian ke universiti terserbut. Ikrar memastikan pelajar berjanji untuk menyumbang bakti kepada universiti, sentiasa menjaga nama baik universiti dan mengikuti segala arahan dan peraturan yang termaktub di dalam peraturan universiti.
Berita Oleh: Izzat Rafaie Ramli
Gambar: Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM
Tarikh Input: 12/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR