SERDANG, 15 Oktober- Minggu Ukhuwah merupakan suatu program anjuran Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej 10 dan kolej 11 bersama jemaah pengerusi aras dan ketua zon A B C D. Program ini bertujuan bagi memupuk semangat kesukanan dan ukhuwah antara pelajar tahun satu hingga tahun akhir yang mewakili aras masing masing. Program ini berlangsung selama 5 hari dari 15 hingga 20 Oktober. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti futsal , bola jaring dan bola tampar yang disertai oleh para pelajar dari kolej 10 dan kolej 11.
Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang meriah dari penghuni kolej 10 dan kolej 11. Majlis penutup bagi program ini berlangsung pada hari terkahir dengan gabungan SetaGotTalent dan perasmian Speaker's Corner.
Tarikh Input: 27/10/2018 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR