SERDANG, 5 Okt- Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi telah mengadakan Majlis Pengijazahan Ijazah Silat bagi ahlinya yang bertempat di dewan fakulti veterinar, UPM. Majlis yang dimulakan dengan pendaftaran peserta pada jam 1 petang ini dihadiri oleh YM Syeikh DR. Haji Md Radzi Bin Hj Hanafi telah disertai oleh seramai 20 peserta daripada UPM iaitu, 15 orang peserta bagi ijazah peringkat asas dan 5 peserta bagi ijazah peringkat potong.
Selepas sesi pendaftaran pada jam 1 petang diikuti ketibaan YM Syeikh DR. Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi, majlis dimulakan dengan upacara pengijazahan bagi peserta ijazah asas diteruskan dengan majlis pengijazahan bagi ijazah potong. Majlis tamat kira kira jam 6 petang.
Berita Oleh: Muhammad Zulzafry Mohd Zulkifly
Gambar Oleh: Muhammad Zulzafry Mohd Zulkifly
Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR