SERDANG, 15 Feb - Selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (3) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula YBhg. Profesor Ts. Dr. Wan Zuha Wan Hassan sebagai Pengetua, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh tiga tahun mulai 15 Februari 2023 hingga 14 Februari 2026.
Semoga dengan pelantikan ini, YBhg. Prof Wan Zuha dapat meneruskan pemacuan Kolej 10 ke arah kolej paling berwibawa di UPM dengan perancangan-perancangan khusus beliau demi warganya.
Tarikh Input: 21/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | ruzaimi
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR