SERDANG, 7 Sept- Sempena Program Putra Souq Minggu Perkasa Putra 2019, satu Pertandingan Cheers Interkolej telah diadakan di Bukit Ekspo Universiti Putra Malaysia. Pertandingan ini disertai lapan kolej iaitu Kolej Sepuluh, Kolej Canselor, Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Tun Dr. Ismail, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman, Kolej Dua Belas, Kolej Empat Belas dan Kolej Tujuh Belas. Kolej Sultan Alaeddin Suleiman telah menjuarai Pertandingan Cheers Interkolej, tempat kedua dimenangi oleh Kolej Tujuh Belas dan tempat ketiga dimenangi oleh Kolej Pendeta Za’ba. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPK) Kolej Sepuluh kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlansung.
Berita oleh: Mohamad Aedil Hakimie
Gambar oleh: Muhammad Wildan Azman
Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR