Program 10K Steps Challenge Week | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program 10K Steps Challenge Week

Program 10K Steps Challenge Week

KOLEJ SEPULUH, UPM, 25 Nov 2021– Pada 19 hingga 25 November 2021, Sekreteriat Rekreasi Kolej Sepuluh telah menganjurkan program 10K Steps Challenge Week, yang bertujuan untuk melahirkan sinergi antara para peserta melalui hubungan yang baik, interaksi yang berkesan dan bersukan secara efektif. Program ini secara tidak langsung membolehkan para peserta untuk mengembangkan ilmu pengetahuan tentang kepentingan aktiviti berjalan dalam kehidupan seharian. Notis mengenai program ini telah dihebahkan 3 hari lebih awal melaui poster countdown di Instagram K10rex agar seluruh kakitangan dan pelajar Universiti Putra Malysia peka dan mengambil maklum mengenai anjuran program ini. Tepat jam 9 pagi pada 19 November 2021, pautan Google Form dibuka kepada semua warga Univeristi Putra Malaysia untuk tujuan pendaftaran penyertaan program. Peserta perlu melakukan aktiviti berjalan kaki atau berlari sekurang-kurangnya sepuluh ribu langkah sebagai syarat minimum penyertaan dan rekod hanya menerusi aplikasi Google Fit. Para peserta dibenarkan untuk menghantar sekurang-kurangnya satu hari penyertaan dengan menghantar rekod screenshot pada Google Form yang disediakan sebagai bukti penyertaan program. Pada 25 November 2021, tiga pemenang telah dinilai berdasarkan jumlah kiraan rekod langkah yang dicapai sepanjang tempoh pelaksanaan program. Johan berjaya mencatat jumlah rekod kiraan langkah tertinggi iaitu sebanyak 160,082 langkah. Naib johan telah mencatat 125,129 langkah manakala tempat ketiga berjaya mengutip 104,252 langkah. Terdapat tiga jenis sijil penyertaan yang diberikan kepada semua peserta yang terlibat. Peserta yang menyertai program selama satu atau dua hari akan diberikan sijil penyertaan gangsa. Peserta yang menyertai program selama tiga atau empat hari akan mendapat sijil penyertaan perak manakala peserta yang menyertai program selama lima hari berturut-turut akan diberikan sijil penyertaan emas. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang positif dari pelajar.

 

Tarikh Input: 22/12/2021 | Kemaskini: 22/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFCSAT~