Program E-Waste Tanggungjawab Bersama | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program e-Waste tanggungjawab bersama

Program e-Waste tanggungjawab bersama

Kolej Sepuluh, 1 April  - Program E-Waste tanggungjawab bersama anjuran Sekretariat Alam Sekitar Kolej Sepuluh sesi 2021/2022 dengan Kerjasama BHEP. Mendapat pengisian daripada penceramah Puan Nur Aliaa Shafie,Penolong Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya. Jabatan alam sekitar. Program ini dijalankan pada 1 April 2022(Jumaat) secara atas talian di pautan saluran YouTube K10 UPM secara langsung. . Fokus program ini adalah membincangkan isu-isu alam sekitar terutamanya isu-isu buangan e-waste yang semakin meningkat dalam meniti arus kemodenan ini. Dalam pada itu, program sebegini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan sisa elektronik dan elektrik (e-waste) ini kerana kerana e-waste menimbulkan ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitarannya. Selain itu, program ini akan memberi kesedaran kepada semua pelajar akan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pengguna barangan elektrik dan elektronik Program ini dijalankan dengan dimulai sesi pendedahan mengenai pengisian programdan diikuti dengan sesi soal jawab moderator dengan penceramah dan diakhiri dengan sesi permainan Quizzie yang dijalankan untuk menarik perhatian pelajar dengan program terbabit. Program mendapat sambutan hangat dikalangan pelajar UPM melebihi jumlah sasaran penonton. Program berimpak tinggi sebegini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan pengurusan e-waste serta impaknya terhadap alam sekitar disamping dapat membantu pelajar bagi mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang persoalan alam sekitar serta memberi input kepada pelajar tentang tindakan inisiatif yang boleh dilakukan dalam usaha untuk membantu menyelesaikan isu-isu buangan sisa e-waste.

Tarikh Input: 16/04/2022 | Kemaskini: 16/04/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFCLAi~