SERDANG, 24 Okt- Program Minggu Ukhwah Pelajar Kolej Sepuluh 2019 telah berlangsung selama satu minggu iaitu dari tarikh 19 0ktober 2019 sehingga 24 oktober 2019 di Kolej Sepuluh.Tujuan program minggu ukhwah pelajar Kolej Sepuluh tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar tahun pertama dengan pelajar-pelajar senior yang lain mengikut aras yang diwakili masing-masing.Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan didalam program tersebut seperti futsal untuk kategori lelaki dan perempuan,bola tampar kategori perempuan dan bola jaring.
Acara futsal lelaki dan wanita telah diadakan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan hari ahad.Acara tersebut telah dimenangi toleh aras satu bagi kategori lelaki dan aras lima bagi kategori wanita .Tempat kedua pula dimenangi oleh aras tujuh bagi kategori lelaki dan aras empat bagi kategori wanita dan aras empat bagi kategori lelaki serta aras enam bagi kategori wanita telah mendapat tempat yang ketiga.Pertandingan bola tampar juga telahdijalankan dan aras enam yang telah dinobatkan sebagai juara serta diikuti oleh aras lima selaku naib johan dan ditempat terakhir dimenangi oleh aras empat bagi kategori lelaki.Akhir sekali pertandingan bola jaring yang telah dimenangi oleh aras enam yang mendapat johan serta aras dua telah dinobatkan sebagai naib johan dan akhir sekali dimenangi oleh aras satu yang mendapat tempat yang ketiga.
Oleh itu dengan adanya program minggu ukhwah tersebut,para pelajar akan lebih menyemat hubungan silaturrahim tanpa mengira agama,bangsa dan negara.
Berita Oleh: Muhammad Sollehin Kamaruddin
Sumber gambar: Amirul Hussin Bin Mohamad Ansahari
Tarikh Input: 05/11/2019 | Kemaskini: 05/11/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR