SERDANG, 6 Okt- Satu ujian kecergasan yang telah dilakukan pada setiap tahun untuk adalah untuk menguji tahap kecergasan bakal pegawai kadet PALAPES iaitu Ujian Kecergasan Asas (UKA).Ujian ini telah dijalankan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM).Ujian kecergasan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa prestasi dan juga tahap kecergasan bakal pegawai kadet ambilan 41 didalam keadaan yang sihat dan cergas.Turut disertai juga oleh pelajar dari Kolej Sepuluh seramai 10 orang untuk menjalani ujian tersebut. Ujian Kecergasan Asas (UKA)ini terdiri daripada larian sejauh 2.4KM dibawah masa yang diperlukan, tekan tubi dan bangun tubi.Ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan bakal pegawai kadet ini layak atau tidak untuk menyertai PALAPES Darat
Seramai 80 lebih orang kadet dan beberapa orang pegawai yang telah terlibat dengan ujian kecergasan tersebut.Ujian kecergasan ini dilakukan mengikut peringkat iaitu kadet junior,inter senior dan senior.Oleh itu ujian ini dilakukan bagi memastikan bakal pegawai-pegawai kadet tersebut didalam keadaan yang sihat pada setiap tahun.
Berita Oleh: Muhammad Sollehin Kamaruddin
Gambar: Instagram, ROTU UPM
Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR