Satu bual bicara santai; ‘Alumni Talk of Career Inspiration 2019 (Career Expectation –vs- Reality)’ telah diadakan pada 10 April 2019 (Rabu) bertempat di Auditorium Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Seramai dua (2) orang panel alumni Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas iaitu Dr. Ridzwan Che Rus (kini Dekan, Fakulti Teknik dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan Sdr. Ahmad Qadri Basri (kini Pengarah, Akademik Ventures Sdn. Bhd.) dijemput untuk berkongsi pendapat dan pengalaman kerja bermula seawal zaman universiti dahulu sehingga berjaya menjawat jawatan hari ini. Ruang dan peluang ini dilihat penting sebagai platform asas untuk para pelajar menimba sebanyak mungkin pengalaman berharga oleh para alumni dan dalam masa yang sama sebagai pemangkin kepada kejayaan para graduan di alam pekerjaan tidak lama lagi. Pihak Pengurusan Kolej mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat Alumni, Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas atas penganjuran program ini. Semoga program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pautan gambar : https://www.instagram.com/p/BwHpPdlANdO/?utm_source=ig_web_copy_link
Berita Oleh: Muhammad Aienuddin bin Mohamed
Gambar Oleh : Kisshen Kobbin
Tarikh Input: 11/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR