Sebuah program larian tahunan; Storm Sweat Run merupakan anjuran bersama Sekretariat Sukan Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Program ini diadakan pada 14 April 2019 dan bertempat di Dewan Besar UPM. Larian ini telah disertai oleh 396 peserta melibatkan pelajar UPM dan juga orang awam. Larian ini terbahagi kepada dua kategori iaitui 5km dan 10km dan hadiah turut disediakan kepada pemenang. Tujuan utama larian ini diadakan adalah untuk menyediakan satu platform kepada peserta untuk menonjolkan bakat dalam sukan larian disamping meningkatkan kecergasan rakyat Malaysia. Aktiviti “Fitness Dance”turut dilakukan sebelum memulakan larian. Sesi penyampaian hadiah kepada pememenang telah disampaikan oleh Dr. Faizul Ganapathy bin Abdullah, Penolong Pengarah Rakan Muda daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor diiringi oleh Encik Fadhlil Zakuan bin Ahmad Fadzil, Penolong Pengurus Kolej sepuluh dan Encik Mohammad Ashaari bin Awab, Ketua Felo Kolej Sepuluh. Pihak Pengurusan Kolej mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menjayakan sebuah program yang berprestij ini dengan lancar. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pautan gambar : https://www.instagram.com/p/BwPQksRgzxN/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=rzzt3bzxhnxt
Berita oleh : Muhammad Wildan bin Azman
Gambar Oleh : Kiishhen Kobbin , Ahmad Razin bin Ahmad Razli
Tarikh Input: 16/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR