SERDANG, 16 SEPT- Tahniah kepada Pasukan Ping Pong Wanita Kolej Sepuluh atas kemenangan Tempat Kedua dalam acara sukan Ping Pong (Wanita) dalam kejohanan SUKOL’19. Kemenangan mereka ini sangat luar biasa kerana tiada Jurulatih yang tersedia malah mereka menggunakan bakat mereka sendiri untuk bermain ping pong. Pasukan Ping Pong wanita ini telah diketuai oleh Loo Jing Lin sebagai ketua pasukan dan diikuti dengan 5 ahlinya lagi. Pertandingan Ping Pong ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM. Tidak lupa juga diucapkan Tahniah kepada Kolej Canselor A kerana telah mendapat Tempat Pertama dalam acara sukan Ping Pong (Wanita) dalam kejohanan SUKOL’19.
Kolej Sepuluh ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas perjuangan yang sungguh membanggakan semua warga Kolej Sepuluh. Jasa dan keringat kamu semua sentiasa dalam ingatan kami.
Berita oleh: Nicholas
Gambar: Instagram Kolej Sepuluh
Tarikh Input: 01/12/2019 | Kemaskini: 01/12/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR