SERDANG, 27 Sept- Tahniah diucapkan kepada pasukan Sofbol ‘Perfect 10’ Kolej Sepuluh kerana telah merangkul tempat kedua dalam acara Sofbol (Lelaki) SUKOL 19’. Acara ini telah diadakan di Padang Sofbol berhadapan dengan Kolej Canselor. Seramai 15 orang pemain telah menyertai acara Sofbol ini yang dikendalikan oleh pengurus Sofbol, Kamil Arif Bin Baihagi.. Tahniah juga diucapkan kepada Kolej 13 sebagai juara keseluruhan bagi acara Sofbol (lelaki) SUKOL 19’.
Terima kasih atas usaha dan keringat yang telah disumbangkan oleh ‘Perfect 10 ‘ dalam acara Sofbol (lelaki) SUKOL 19’. Warga Kolej Sepuluh berbangga dengan kerjayaan anda. Semoga terus maju ke depan membawa nama Kolej Sepuluh sebagai JUARA!
Berita Oleh: Nicholas
Gambar Oleh: Fotografi Perfect 10
Tarikh Input: 04/11/2019 | Kemaskini: 04/11/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR