SERDANG, 8 Sept- Seramai 3800 mahasiswa yang baru berdaftar di upm telah menyertai program tanaman pokok mega yang diadakan 5 tempat yang berasingan iaitu, zon A (Bukit Ekspo), Zon B (Ladang 5), Zon C (Bangunan TNC Penyelidikan dan inovasi), Zon D (persiaran masjid UPM) dan Zon E (Laluan Masuk Tanah Perkuburan UPM). Antara peserta yang mengikuti program ini termasuk 460 pelajar tahun pertama daripada kolej sepuluh.
Majlis bermula dengan senaman ringan pada jam 7.40 pagi dan diteruskan dengan ketibaan tetamu jemputan; YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan YBhg. Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Seterusnya adalah bacaan doa diikuti oleh ucapan aluan YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Aini Ideris dan ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon.
Upacara seterusnya adalah simbolik penanaman pokok diikuti lawatan ke zon penanaman pokok. Majlis diakhiri dengan jamuan buat Tetamu jemputan dan bersurai. Program ini adalah sekuel kepada program tanaman mega siri 1 pada 23 Jun 2019.
Berita Oleh: Muhammad Zulzafry Bin Mohd Zulkifly
Gambar Oleh: Muhammad Zulzafry Bin Mohd Zulkifly
Tarikh Input: 13/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR