Webinar: Youth International Talk 2.0 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Webinar: Youth International Talk 2.0

Webinar: Youth International Talk 2.0

21 Mei 2021, Jumaat - Program Webinar: Youth International Talk 2.0 yang dianjurakan oleh Sekretariat Akademik (ACAEX) Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021 telah dijalankan secara atas talian melalui medium siaran langsung saluran YouTube K10 UPM. Program ini merupakan sesi perkongsian ilmu antara para panel yang terdiri pelajar dalam dan luar negara dan juga satu medium pertukaran pendapat golongan belia dalam kalangan pelajar universiti. Program ini adalah bertujuan untuk pelajar berkongsi pengalaman pahit dan manis mereka sepanjang menyambung pendidikan di peringkat pendidikan tinggi dan sepanjang menghadapi ‘online learning’. Program ini turut membuka mata masyarakat mengenai kehidupan para pelajar Institut Pendidikan Tinggi serta dapat membandingkan pengalaman pelajar dalam dan luar negara. Melalui program ini juga, Kolej Sepuluh dalam dipromosikan sebagai salah satu kolej yang aktif mengadakan program perkongsian dan bermanfaat kepada umum. Program ini mensasarkan golongan pelajar universiti khususnya pelajar Kolej Sepuluh UPM. Program ini dimulakan dengan sesi berkenalan dengan para panel. Kemudian, moderator mengajukan beberapa soalan daripada pelbagai konteks kepada para panel. Akhir sekali, program diakhiri dengan sesi soal jawab antara penonton dan para panel, soalan diperolehi dari ruang komen. Program telah mendapat tontonan seramai 728 orang yang terdiri daripada 281 pelajar lelaki dan 477 pelajar perempuan daripada pelajar seluruh Malaysia. Semoga program yang memberikan impak besar seperti ini akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Tarikh Input: 31/05/2021 | Kemaskini: 31/05/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFCJAN~