SERDANG April 2019 - Sebuah program; With Food We Smile telah dianjurkan oleh Sekretariat Kesukarelawanan Kolej Sepuluh pada 30 April 2019. Program ini telah dijalankan pada jam 6.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di sekitar kawasan KAA, perpustakaan UPM, Kolej Serumpun, Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas. Program ini telah disertai oleh seramai 22 orang pelajar dan juga juga seorang felo, En Sapari bin Mat. Program ini bertujuan untuk memberi sarapan percuma kepada pelajar dan staf di UPM. Pihak pengurusan kolej mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat Kesukarelawan Kolej Sepuluh di atas penganjuran program ini. Kami berharap agar program seperti ini akan diadakan pada masa akan datang.
Berita oleh : Muhammad Wildan Azman
Gambar oleh : Kiishhen Kobbin
Tarikh Input: 05/05/2019 | Kemaskini: 05/05/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR