MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA | TENTH COLLEGE
» NEWS » MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA

MALAM KEBUDAYAAN TIONG HUA

Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Sepuluh   dan Kolej Sebelas dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Malam Kebudayaan Tiong Hua 2017 untuk memberi pendedahan kepada semua warga Universiti Putra Malaysia tentang kebudayaan Cina. Program ini telah berlangsung pada hari Selasa , 7 November 2017 di Auditorium Kejuruteraan bermula dari 7.00 malam sehingga 10.00 malam.

Gambar: Pasukan tarian tradisional india

Objektif utama program ini adalah bagi memelihara dan memperkenalkan keunikan budaya Cina dan memberi peluang kepada warga universiti untuk memahami dan mendalami budaya cina, india serta melayu.

Gambar: Persembahan tarian tradisional melayu

Tema besar program ini pula ialah  yang membawa maksud kesatuan dan keharmonian sesama kaum di Malaysia. Seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang berbilang kaum di Universiti Putra Malaysia telah menghadiri Malam Kebudayaan Tiong Hua 2017.

Antara pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini adalah Encik Nik Nasiruddin Bin Nasri,Wakil Pengetua Kolej Sepuluh yang betanggungjawab merasmikan majlis ini. Seterusnya,Encik Irwan Shah Mohd Yusoff, Wakil Pengetua Kolej Sebelas,

Encik Ahmad Hafidz Bin Hitam, Pegawai Pemantau Program Malam Kebudayaan, Felo Kolej 10 dan Kolej 11 dan Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 10 dan Kolej 11. Antara persembahan yang disajikan adalah Orkestra Cina, Tarian Face Changing, Persembahan Nyanyian, 24 Order Drum, Persembahan Diabolo, Persembahan tarian tradisional daripada Kaum Melayu, Cina dan India dan diakhiri dengan persembahan lakonan yang memukau.

 

Gambar: Persembahan tarian kipas cina

Majlis berjalan dgn sangat baik dan mendapat sambutan yg begitu hangat, mesej utama iaitu kesatuan dan keharmonian sesama kaum berjaya disampaikan selari dgn tema iaitu "we are one".

Date of Input: 09/11/2017 | Updated: 09/11/2017 | ridzuanm

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEUUAC~