Nuang Green Hiking | TENTH COLLEGE
» NEWS » Nuang Green Hiking

Nuang Green Hiking

 

Nuang Green Hiking, 18 dan 19 Oktober 2017. Seketariat rekreasi (X-Rax) telah menjalankan aktiviti Nuang Green Hiking di mana aktiviti adalah bertujuan untuk mengurangkan pencemaran di dalam kawasan hutan. Di samping menjalankan akiviti tersebut, ahli yang terlibat dapat menikmati serta mendaki Gunung Nuang yang berukuran 1493m dari paras laut.

Gunung Nuang yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, gunung yang merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Gunung Nuang menjanjikan pelbagai tarikan flora dan fauna yang masih terpelihara sehingga kini.

Tidak hairanlah, gunung yang setinggi itu sering menjadi tumpuan pencinta alam khususnya aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan penerokaan hutan.

Bagaimanapun, di sebalik popularitinya itu, Gunung Nuang juga tidak terlepas daripada masalah pencemaran khususnya sampah sarap yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, Sekretariat Rekreasi X-Rax Universiti Putra Malaysia menjalankan Nuang Green Hiking baru-baru ini bertujuan membersihkan kawasan laluan hutan ke gunung dan puncak gunung tersebut.

Peserta bermalam di Kem Lolo yang mempunyai jarak sekitar satu kilometer dari kaki gunung sebelum meneruskan misi ke puncak gunung keesokan harinya.

Menurut kata pengarah program, Nizal Mohd. Yusof, 23, berkata, program selama dua hari satu malam itu disertai seramai 22 peserta. Katanya lagi bahawa program itu bermatlamat untuk melahirkan sikap tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa di samping mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti mendaki gunung.

 

Date of Input: 12/11/2017 | Updated: 12/11/2017 | ridzuanm

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEaHAa~